nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Friday, January 15, 2010

SESUATU DI PAGI JUMAAT...



JUST FOR KONGSI2 BERSAMA...



“Sesuatu yang baik, belum tentu benar,
sesuatu yang benar, belum tentu baik,
sesuatu yang bagus, belum tentu berharga,
sesuatu yang berharga, belum tentu bagus.”


.....................................................................................................



dan... selingan gambar dak Syasya... yg termenung bagaikan mempunyai 1000 masalah yg belum diselesaikan......

sebenarnya gambar ni... kejadiannya.... bulan lepas.... masa on the way nak gi follow up check dak Syasya.... for influenza A.... tu yg dak Syasya cam susah hati tu... takut kena cucuk amik darah gamaknya.... sian plak aku nengok.... hehehe






nota AKU : pagi yang memberikan seribu makna..... penuh kesyukuran kepada Yang Maha Esa.... alhamdullillah... sekali lagi...


Wednesday, January 13, 2010

PERMULAAN YG BAIK.. DI AWAL TAHUN

ALHAMDULLILLAH.... semuanya berjalan lancar



11 Januari 2010... Opisku... dalam Mesyuarat Perjawatan II... telah meluluskan untuk menggunapakai Pekeliling JPA... bagi kenaikan gred jawatan.... bagi PA2 yang mempunyai Diploma Sains Kesetiausahaan dari POLITEK n Diploma UiTM...




so sekarang jawatan untuk PA2 bukan lagi


Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 11 (N17)...

tp telah bertukar menjadi Setiausaha Pejabat Gred 9 (N27).... syukur kepadaNYA...









Berita gembira jugak.... dak ORKED dah pandai berdikari... maksudnya... dah tak perlu aku memantau2 dia di sekolah....... lega sangat.... pergi sekolah ngan Bas...balik ja aku amik...

cuma... bila time nak bangun pagi ja... agak susah skit... aku kena memujuk2 rayu.. gak..

tp kekadang tu ada gak... suara aku tertinggi volume... coz lama sgt... termenung di bilik air....





Apa2.... perkembangan dak Orked amat memuaskan... tinggal tunggu keputusan peperiksaan bagi menentukan kelas .... hope dapatlah Orked masuk kelas 1 hingga 3...















Nota AKU : sekejapan ja masa berlalu... sudah pertengahan bulan 1 dah... lagi 2 minggu bulan 2...

Thursday, January 7, 2010

AKHIRNYA.. BERGENANG JUA AIR MATA ITU...



GARA2 AKU...



sian dak Orked...

daripada happy... teruja nak ke sekolah agama...

terus bertukar... menjadi agak sedih n takut...dan air mata terus bergenang

mau taknya... aku telah melakukan satu kesilapan....

tersalah beli tudung... maksudnya tersalah warna.... huhuhhh..

uniform tuk sekolah agama.... kaler Biru (biru pengawas)...

so... aku pun terlupa nak tanya... warna tudung... dan aku terus beli

tudung pun kaler biru la... sbb baju pun biru....

siap jahit lencana lagi..

so... pada pagi kejadian tu... bila sampai ja sekolah...

masuk2 kelas... tengok2 semuanya... bertudung putih...

apa lagi dak Orked terus cuak tak nak masuk....

malu katanya.. coz dia sorang ja tudung biru.. sib baik aku ckp ngan uztaz...

so uztaz pun terus ckp... bagi orked rasa selesa...

hehehe... terus aku rasa amat bersalah... gi kerja pun hati tak tenang....

dan kesalahan yg paling aku sedih n ingat sampai ke hari ini... aku telah terlupa gak nak bagi duit belanja... aku just bagi tuk sekolah petang...

yg mana aku terus masukkan dalam poket baju sekolah dak Orked...

bila petang.. masuk ja sekolah terus Orked sound aku...


"umi.. ni.. sampai hati.. tak bagi kakak satu sen pun... kakak lapar tau..
nasib baik kawan kakak belikan nasi lemak dgn air tuk kakak..."


bila dengar ja orked ckp cam2.. terus terasa bersalah n sebak... sian plak anak aku ni...

so.. untuk menebuskan kesalahan aku... n nak bagi dak Orked ni happy skit..

aku belikan satu set.... kaler, pesil, raber, pembaris...n kotak pensil.. princess....

so happy bila dia dapat.....





nota AKU :............... sampai hari ni.. aku teringatkan ayat2 orked smlm.. sian plak... sedih giler aku rasa... huhuhhh...

Tuesday, January 5, 2010

ORKED TAHUN 1




ENTRY PERTAMA TAHUN 2010...


alhamdullillah.... masih diberi kesempatan untuk...
meneruskan kehidupan ini...
so.. pembukaan tahun baru ini... entry pertama aku ttg
persekolahan dak Orked...
alhamdullilah.... Orked dah masuk Tahun 1.. di Sek Kebangsaan Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi...

dan.. syukur gak..coz Orked adalah budak yang berani...
no crying2.....
first day sekolah... aku hantar... n tunggu dorang beratur di Foyer...
lepas dah masuk kelas... aku balik... dalam kul 3.30 ptg... aku g jengah plak...
tengok camna rehat dak Orked ni...
tp... time rehat ja cam aku agak susah hati... coz slow sgt suara dak Orked ni...
time nak beli makanan... tp... bolehlah... aku kasi semuanya syiling... 50sen 20 sen 10 sen..
so setakat semalam ok lah... hari ni belum tahu lagi...
petang aku jemput...


Sekolah Agama plak (KAFA)... pagi... start kul 7.45 hingga 10.30 pagi...
dan yang paling aku syukur coz sekolah agama belakang je ngan rumah Mak Ngasuh orked...
so senang.......





dah dpt kawan...





nota AKU: sekejapan ja anak aku dah sekolah tahun 1... maknanya aku udah tua...

Thursday, December 31, 2009



BERITA GEMBIRA MENJELANG TAHUN 2010...

KHAS BUAT SEMUA PEMBANTU KHAS (PA)



akhirnya... perjuangan semua2 PA2.. dan pihak yang terlibat....(thanks to lecturer aku.. en.ashri... coz salah satu komiti)

untuk kenaikan gred jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) ke jawatan yang setaraf dengan DIPLOMA telah diluluskan oleh pihak KERAJAAN....

coz selama ini jawatan PA adalah sama level dengan kerani N17....yg memerlukan SPM untuk mengisi jawatan N17...

so... inilah pekeliling yang telah dikeluarkan...oleh JPA .. aku just copy sesikit ja..



KERAJAAN MALAYSIA
__________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2009
___________________________________
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT


TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenaiperubahan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 kepadaskim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22,N27/28, N32, N36.



LATAR BELAKANG
2. Jawatan Pembantu Khas yang diisi dari kalangan perkhidmatan Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan) adalah bagi melicinkan pengurusan pejabat Hakim Mahkamah Atasan,Ketua Jabatan atau pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai KumpulanPengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan). Antara lain skop fungsi tugasPembantu Khas meliputi kesetiausahaan, pentadbiran pejabat, kewangan, perhubungan


awam dan jaringan kerja. Dengan penggunaan komputer secara meluas serta kepesatanperkembangan teknologi maklumat di samping penekanan mengenai sistem penyampaian dan Key Performance Indicators (KPI) sebagai pengukur dan impak pencapaian organisasi khususnya bagi peringkat jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang setara, menuntut supaya Pembantu Khas menjadi cekap dan kompeten sejajar dengan peningkatan
kompleksiti tugas ini. Sehubungan itu, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) dimantapkan bagi menghadapi cabaran-cabaran dan peningkatan kompleksiti tugas tersebut.



SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT


3. Skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 diubah seperti berikut:

(a) nama skim perkhidmatan diubah daripada Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) kepada Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat;

(b) mewujudkan lapisan gred jawatan/ gred gaji seperti berikut: N17, N22,
N27/28, N32, N36;


(c) memperuntukkan perbekalan lantikan terus ke jawatan Setiausaha Pejabat
Gred N27 menggunakan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik
tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan penetapan gaji
permulaan yang berbeza;

(d) memperuntukkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai tertakluk
kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan seperti berikut:



3
(i) Gred N17 ke Gred N22;
(ii) Gred N17 ke Gred N28;
(iii) Gred N22 ke Gred N28;
(iv) Gred N27/28 ke Gred N32; dan
(v) Gred N32 ke Gred N36.
(e) mensyaratkan lulus ujian kemahiran mengikut tahap tertentu dalam

pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan bagi kenaikan
pangkat ke Gred N22, N28 dan N32; dan
(f) memansuhkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai di Gred N22 ke
Gred N32.

4. Skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat yang baharuadalah seperti di Lampiran A. Format iklan jawatan bagi urusan pengambilan ke perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat adalah seperti di Lampiran B manakala penghuraian tugas adalah seperti di Lampiran C. Jadual Gaji Matriks bagi skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat GredN17, N22, N27/28, N32, N36 adalah seperti di Lampiran D, D1, D2, D3, D4, D5, perubahan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim perkhidmatanPegawai Tadbir adalah seperti di Lampiran E manakala perubahan perbekalan KPSL ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir adalah seperti di Lampiran F.


5. Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat hendaklah menggunakan skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36.



TARIKH KUAT KUASA




28. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai



1 Januari 2010





tapi... bagi aku yg kerja ngan LHDNM...seperti biasa... kena bawa meeting board dulu... untuk kelulusan.... dan seperti biasa... benda ini akan berlarutan berbulan2... coz.... biasalah bila orang bawahan... pengalaman aku... masa masuk kerja tahun 2000.... hanya diberikan gaji permulaan kerani... bila aku buat permohonan.... dua tahun baru diluluskan... maknanya... tahun 2002 baru aku dapat gaji DIPLOMA.... (walaupun dpt tunggakan.. tp berzaman gak nak menunggu....) siap ada officer yg memerli... katanya... layakkah diploma dari POLITEKNIK.... dapat gaji diploma... cehhh.... ingat budak poli low class ka?????? padahal lulusan DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN dari POLITEKNIK mmg diiktiraf oleh KEMENTERIAN....


cuba kalau melibatkan pegawai... mesti cepat ja dorang proses... ini bila melibatkan orang bawahan... ada saja yang menghalang...manusia....

so... untuk kali ini... pun aku rasa mgkn benda yg sama akan terjadi... tp kalau pihak pengurusan baru ni... efisyen... mungkin akan cepat.... minta2lah....







bersyukur sangat... ALHAMDULLILLAH... dan hati aku... segembira senyuman dak syasya ni....minta2lah semuanya dapat berjalan dengar lancar... agar... pekeliling JPA ni digunapakai oleh opis aku LHDNM









nota AKU: cuti aku hari ini...menjadi gembira plak.. bila dengar perkhabaran ini.... alhamdulillah.... cerita ORKED di hari pertama sekolah... akan menyusul... cewah2...





Wednesday, December 30, 2009

2 dah 1 belum....



persiapan... tuk Orked ke TAHUN 1 semuanya dah settle... kecuali yuran... je..


baju pun dah... 5 pasang baju sekolah.. aku beli baju kurung satu je.. yg lain sumanya pinafore..

2 pasang kasut... habis dalam RM250...

so.. tinggal... nak dipakai je .... so teruja..

aku nak lihat anak dara aku pakai uniform sekolah....





dan tadi... dah settle... bab buku sekolah... dekat 2 jam gak aku kena beratur... huhuhhh

kedebuk kedabak.. habis dalam RM 245... tuk buku sekolah.. tp buku yg wajib hanya RM120 ja..

aku just include buku2 yang dicadangkan...

so.. aktiviti hari minggu.. membalut buku...

terus teringat zaman2 dedulu...

tp zaman aku dedulu.. semuanya buat sendiri.. huhuhhhh.....











nota AKU : besok... adalah hari PENDAFTARAN tuk TAHUN 1.... so... besok hingga hari Selasa aku cuti... walaupun aku tahu ORKED tak akan nangis.. tp saja ja.. nak lihat dia kat sekolah.. ok ke tak.... hehehe.... so... very teruja aku nak tunggu besok... :)