nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Sunday, March 7, 2010

2 TAHUN…

 

AL-FATIHAH… BUAT ARWAH ZULAIQHA…

7 MAC 2008 – HARI NI GENAP USIA ARWAH 2 TAHUN… KALAU ARWAH MASIH ADA DI DUNIA INI…

SEKEJAP JA MASA BERLALU.. BAGAIKAN MIMPI JA DENGAN SEKELIP MATA ARWAH DAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA…

DAN YANG PASTI… ARWAH TELAH TENANG DISANA…

AL-FATIHAH BUAT BIDADARI SYURGA… ZULAIKQA…

 

ika header  Image003 Image006DSC00125

 

 

 

NOTA AKU : rindu serindu-rindunya…

Friday, March 5, 2010

MENCORAK...

RENUNGAN

PESAN IMAM GHAZALI RAHMATULLAH ALAIH


· Jika Kita Ingin Anak Kita Menjadi Soleh, Bijaksana Dan Berguna, Berikanlah Ia Makanan Daripada Rezeki Yang Halal Sejak Ia Lahir.

· Makanan Yang Halal Selain Menjadikan Anak Kita Berguna, Boleh Menjadikan Mental Mereka Pintar Dan Cerdas.

· Sebaliknya Anak Akan Menjadi Derhaka Terhadap Kita Jika Ia Diberikan Makanan Yang Haram Dan Kotor.
****************************

Wednesday, March 3, 2010

LENA DIULIT MIMPI….

 

UBAH POSISI…

 

see…. very the lasak dedua org ni… lari dari kedudukan awal…

 

kakak… tido atas perut adik… 

 

 

24022010414

 

 

NOTA AKU :  tak terkata…

DEMI ANAK-ANAK KITA....

PROGRAM PENDIDIKAN ........ YG BAGUS...





APAKAH DIA PROGRAM SCORE A?

Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

BAGAIMANA PROGRAM SCORE A DAPAT MEMBANTU?

· Pembelajaran interaktif output learning iaitu pembelajaran menjawab soalan.
· Sistem ranking iaitu perbandingan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia.
· Peluang menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran.
· Kaedah pembelajaran termoden dan menarik minat pelajar.
· Menjimatkan masa.
· Berhubung terus dengan ibubapa melalui sistem e-report card dan sms.


KENAPA SCORE A PILIHAN TERBAIK?

· Kertas soalan adalah meliputi silibus sukatan matapelajaran Malaysia.
· Telah terbukti dengan kejayaan 90% para pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR.
· Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bistari.
· Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
· Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
· Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme!



Silibus

Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.


Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
Sejarah
Geografi

Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.

Kesusasteraan:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Sains:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi

Ciri-Ciri Unik Score A






eTopic™
Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
Markah lulus 80% iaitu A;
Penandaan adalah serta-merta; juga
Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.






eAssessment™
Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya; enandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.




eTrial Exam™
Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.




eNational Trial Exam™
Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.



ePast Year Exam™
Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.




eTopic™ & eAssessment™
Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.



eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
“Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.




eProgress™
Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.



eNotes™
Nota ringkas tetapi padat
Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
Berkonsepkan peta minda






eDictionary™
Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.



eReport Card™ (Online dan sms)
Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.







Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.





____________________________________________________________


itu sedikit sebanyak tentang SCORE A.... program ni mmg bagus... untuk anak-anak yang sedang belajar.... kenapa aku cakap bagus...

sebab dak ORKED dah ada program SCORE A.... dan mmg memberi impak yang positif kepada dak Orked... dah jarang mengadap tv tengok astro ceria... lebih berminat buat Score A ni... sampai aku plak yg susah hati nengok dia mengadap lappy buat Score A ni... non stop...

ikut silibus sekolah... dan yang paling penting... dalam program ni... semua ada.... kamus kalu tak paham apa2 perkataan pun ada... dan kalau student jawab salah... still boleh dibetulkan... tp markah ttp diambil kira jawapan yang pertama tadi...

so kita sebagai parents boleh memantau pembelajaran anak kita dengan lebih efisyen lagi... apa latihan yang dah dorang buat... kita boleh tahu berapa markah yg dorang dpt... dan boleh check melalui handphone gak... memang bagus sekali...

so... sesapa yang berminat n nak tau lebih lanjut... boleh masuk laman web ni...
orang EN.NAUFAL - O13 2759586...(my adik...)

untuk makluman sekarang ada promosi.... beli untuk 3 bulan percuma 3 bulan... dan beli untuk 6 bulan percuma 6 bulan... 3 bulan RM298 dan 6 bulan RM598..
so... biarlah kita melabur sikit demi anak-anak... dan pulangannya adalah kejayaan mereka nanti... insyaallah.. berkat usaha dan doa, semua pasti berjaya.... di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan....


NOTA AKU : dari berhabis benda yang ntah apa2... baik kita berhabis ke program SCORE A ini untuk anak-anak kita.... ye dak???????????


Tuesday, March 2, 2010

McDONALD oh McD...


CHECK DULU SEBELUM MAKAN..


dapat emel ni.. dari adik aku Deeja (mama qasehzulaikqa)...
terkezut gak... nengok gambar2 yg diattachekan..
so.. tak perlu nak bercoloteh pepanjang.... coz
gambar-gambar itu telah menunjukan maksud
tajuk aku itu... - CHECK DULU SEBELUM MAKAN... -

eeeeeeeeeee.... geli plak rasanya...



eee.. tak masak pun .... masih merah.. uwekkkk...

hmmmmmmmmm... apa nak di kata ?????????
nota AKU : ................... mutu kerja yg HAMPEHHHHHHH........................


Monday, March 1, 2010

KISAH SEDIH ARWAH ADIK SHAFIAH HUMAIRAH



Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan



COPY DARI BERITA HARIAN ONLINE...


SEDIHNYA BILA BACA.... MMG DASAR MANUSIA BERHATIKAN SYAITAN... BINATANG PUN TAHU SAYANGKAN ANAKNYA...

KESIAN ARWAH... MENDERITA SEBITU TERUK SEBELUM MENEMUI AJAL...


___________________________________________________________






KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa. Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan. "Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu. "Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan. "Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya. Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.


Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah. Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja. "Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah


Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang. Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

_________________________________________________________


Bayangkan la budak umor 3 tahun ditampar sekuat hati, dipijak kepalanya dan ditendang dan yg paling sedih tu.. masa ditendang adik Shafiah tu... SYAITAN ni pakai kasut bola... aduhhhh sakitnya... arwah masa tu... MEMANG SYAITAN la jantan ni..


dan yang tak bleh blah... saksi2 hanya tengok je... ngok betull...kalau takut sekali pun dengan SYAITAN tu.. dah nama pun korang ramai... ambil kayu ke... mesti SYAITAN tu takut punya.... apalah dorang tu... dah jadi mcm ni... apa boleh buat... menangis air mata darah sekali pun.. Arwah Adik SHAFIAH dah tak boleh hidup...



dan yang paling sedih ... bila dah SYAITAN tu bawa masuk Arwah dalam kereta...dipukul lagi padahal budak tu dah tak bergerak langsung! eeeeeeeeee.. mmg SYAITAN la jantan tu.. mau kena hukum gantung sampai mati je.....

dan bagi aku lah... tak logik plak si ibu tak tahu arwah didera...mustahil... dah lah hidup mcm suami isteri... padahal baru jadi boyfriend.... kalu tengok muka SYAITAN ni mmg dah nampak jahat giler....

emo aku... coz Arwah adalah sebaya dengan anak aku Syasya... siannya... sedih aku... kalau baca berita ni.. mesti mengalir air mata..... YA ALLAH biarlah si PEMBUNUH ni dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya....






nota AKU : manusia sudah hilang pertimbangan... dan sudah tidak ada belas kasihan....