nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Monday, December 1, 2008


A Day B4 The BABY BORN....



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan :
" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi:

"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah walau satu ayat"

Dari petikan ini... apa yg dapat kita kongsikan..... begitu besar peranan seorang IBU... dan bagi IBU2 yang bekerja.... bila menyerahkan kepada PENJAGA sewaktu bekerja... maka PENJAGA / PENGASUH tersebut jugak merupakan IBU kepada anak itu... oleh itu....mestilah mempunyai rasa tanggungjawab dan rasa kasih sayang... sepertimana menjaga anak sendiri....

KAHWIN LAGI...

wah cam best je... tajuk kat atas tu kan...
sebenarnya... mggu lepas... aku ikut rombongan opis aku...
Rombongan ke Perlis.... ada Pegawai kat opis aku kawin....
Satu bas LHDN....



Weols... bertolak dari opis...dlm jam 6.30 ptg...
Kedebuk kedabak berenti sembahyang...
berenti nak membuang... dan
paling penting... berenti...
untuk tambahkan nyawa... tp
ni bagi org lelaki je lah...
dan sampailah di PERLIS... tepat
jam 3.30 pagi....

Weols menginap di BANGLO....
rumah rehat... disponsor oleh PENGANTIN....
oklah... besar... 2 tingkat...
1 bilik ditingkat bawah... (untuk lelaki)
dan 3 bilik ditingkat atas... (khas utk perempuan)....

nila BANGLO tmpt rehat...
dah rehat kejap... dlm pukul 8.00 pg...
kuar sarapan... dan terus bertolak ke
PADANG BESAR.....




berposing sblm bertolak ke PADANG BESAR....

Ok lah... tak ler best mana pun PB tu...
Mcm PEKAN RABU kat Alor Setar je....
dah shopping apa yg patut.....
Dlm kul 1.00tgh... bertolak ke RUMAH PENGANTIN....




Tema Pengantin kali ni... JAWA STYLE....
tp yang bestnya... BILIK PENGANTIN...
Berkonsepkan HUTAN RIMBA....
(tp kamera aku xda...nnti aku cuba curi mmb aku punya)
cadar beralaskan kulit Harimau...
ada pokok lalang.... ada ular... ada biawak..
mcm dalam hutan sejibik.....
Mmg gila ini PENGANTIN.... tp
lain pada yg lain...


Pengatin lelaki yg poyo bila bergambo...(VP panggil abg AYAM)...

gambar ni... si ORKED yg snap... beria2 nak tangkap gambar PENGANTIN


dan kenyang2, penat2 berposing.....
Zazzz ke rumah member opis satu lagi plak...


ORKED...

Menu....LAKSA PERLIS....
fuh kenyang-sekenyang2...nya.......


dah nak bertolak balik ke KL

dan bertolak dri PERLIS kul 5.00 ptg...
dan sampai di BANGI...
kul 12.00 mlm....

letih... tp aku paling suka coz kali ni aku bawa
ORKED... so sukala anak dara tu dpt naik bas...
sbb tak pernah naik bas.... so cam jakun la skit...
nota : penat tp best... coz sekali sekala berpoya2 beramai2...yg paling best... ORKED happy giler....

Thursday, November 27, 2008


KEPERIHATINAN SEORANG INSAN YG BERGELAR MANUSIA...


masih ada insan yg bergelar manusia yg masih
mempunyai rasa simpati....

knp aku berkata begitu...
kerna....

lihatlah gambar di bawah ini...



Pusara Arwah Zulaikha....


Cuba lihat...disebelah pusara Arwah...
Terdapat tmpt duduk kecil.....
Sbnrnya.... bukan ijah dan suami yg menempahnya...

tetapi... Penjaga kawasan ini yang meletakkannya..
Kerna... Pakcik (penjaga) ini selalu memerhati
Ijah setiap pagi / setiap hari datang melawat Arwah..

Bermula selepas subuh sehingga jam 10 ke 11 pg
baru Ijah akan pulang ke rumah....

Atas rasa simpati dan rasa seorang bapa...
Pakcik (penjaga) ini meletakkan tempat duduk kecil itu....
Dari sini... rupanya masih ada insan yang bergelar manusia
yang masih mempunyai rasa simpati.......


Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa Pakcik (penjaga) ini....


Zulaikha dalam kenangan.... (panjang dan melentik je bulu mata Arwah)



AL-FATIHAH untuk Arwah Zulaikha
7 Mac - 21 Oktober 2008...






Nota : gambar Pusara Arwah aku ambil dari luar kawasan... ketika aku hendak pulang kerumah... aku berhenti sekejap dan untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah... kerana Pusara Arwah betul2 bersebelahan dgn jalan besar... mmg akan dpt dilihat.... Tenanglah wahai Bidadari Syurga... Tunggu kedatangan kedua ibubapa mu...

Wednesday, November 26, 2008


JOM MANDI.....


wah cam best jer tajuk entry aku di petang hari gini....
tp betulkan... kalu dah panas cam ni....
dpt mandi best ni.....
sejuk....
nyaman.....
tenang......
ja rasa hati.... so


apa lagi... jom lah kita pakat2 mandi lelama skit...
tambahan skrg... bagi org SELANGOR....
kan kerajaan negeri dah bermurah hati bagi free air....
SO LEH LER.... mandi lelama skit....





ha...sbnrnya aku nak story kisah duarang anak aku tu je...
biasalah bila budak kecik dah dpt mandi kolam... mmg jd cam jakun skit...
tambahan plak... aku mmg jarang bagi mandi kolam...
sah2 mcm org jakun jumpa kolam....


kebetulan masa lepak kat umah ijah... last week...
kolam kat situ pun dah dibersihkan... so mmg xda org mandi...
mmg best ler bebudak 2 org ni dok mandi sakan....
aku kat umah aku pun ada.. tp malas nak mulakan...
kalu sekali dah mulakan... mula selalu dok ajak p selalu...
bukannya tak kesian...

tp takut x terjaga kalau aku sorang2...
kalau peyut ada ... kira oklah jugak....





syasya yg mmg dah jd cam 18sg... tak menyempat...
nak dipakaikan seluar pun dah melalak nak turun....
so jawabnya... bogel jelah.... sib baik xda orang




Orked yg kesejukan... tengah relax jap....


tp kolam ni bg aku cam bahaya skit...
coz tempat bebudak ngan dewasa sekali je...
yg asingkan pun hanya batu2 itu.....

boleh terjatuh gak bebudak kat bahagian dewasa....
kalu yg tak pandai berenang mau lemas tu....
mmg kena ada org tengok....





syasya masa ni dok tepis tangan adik aku ijah...
tak nak balik...
tp dah terketar2...
sampai dah biru mulut tu... pun nak mandi lagi...





muka tak puas hati.... dpt mandi kejap ja....



nota : next week... kalu pegi lepak umah ijah (ACHIK) lg... kena terjun lagi.. aku... mmg terus terang ckp... tak pandai berenang... hehehe.e.... kang aku plak yang lemas.

Tuesday, November 25, 2008


HANYA SEKADAR APA YG AKU RASA DAN LIHAT....


mungkin sebelum ni blog aku takler ramai yang jengah....
hanya yang mana aku kenal je... tu pun bleh bilang ngan jari...
nak bilang ngan mata pun bleh jugak...


aku pun kekadang suka jugak letak link yg aku rasa aku suka baca...
dah yg bestnya kekadang tu tak minta pun keizinan dari tuan punya blog...
so dikesempatan ini... Tuan Punya blog yang aku dah letakkan link korang.... AMPUN.......
tp kalu aku letak tu maknanya... aku suka baca dan wajib aku masuk... tp tengok kesempatan masa....


cuma apa yang aku nak katakan....
mgkn selepas kejadian yang begitu menyayat hati telah berlaku dekat keluarga aku
terutama adik aku IJAh.... dan bila aku mengentrykan kisah sebenarnya...
dan kebetulan pulak CIK TIPAH pun telah membuat 2 atau 3 entry...
diikuti juga dengan beberapa blog lagi... mgkn dari situ...
ramailah yang mengunjungi blog aku ni...dan juga blog yang telah aku createkan khas untuk ARWAH ZULAIKHA...


tp apa yang paling aku terharu sekali... baik lelaki atau pun wanita...
semuanya mempunyai hati yang begitu lembut... semuanya tersentuh....
membaca kisah Arwah Zulaikha.... aku dan keluarga begitu berterima kasih...
kerana tak putus2 doa-doa yang telah diberikan kepada Arwah dan juga kepada adik aku IJAH....


walaupun aku tahu ada juga suara2 sumbang yang bertiup ala2 angin sepoi-sepoi...
mgkn ada yg mengatakan aku cuba meraih SIMPATI....
tp yang pasti aku bukan nak meraih simpati atau nak menGLEMORKAN blog aku ni...
cuma aku rasa kisah ni patut dijadikan panduan dan iktibar kepada s
emua IBU-IBU yang berkerja....


Tp betullah kata pepatah... RAMBUT sama HITAM...
TAPI HATI lain-lain.... mgkn ada yang tersalah erti ttng apa yang aku entrykan selama ini... bknnya niat untuk mengaibkan PENGASUH tersebut...
tp untuk mendapat keadilan yang sebetulnya...
mgkn dengan cara ini akan menginsafkan si PENGASUH tersebut...
mgkn dengan cara ini akan MEMBUKA HATI si PENGASUH tersebut untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi...



umpama bekas ini... begitu juga hati kita... hanya kita dan YANG MAHA ESA je tahu....


Kekadang aku terfikir....
aku tak sangka org yang aku tak pernah kenal....
sanggup berkongsi kesedihan dengan aku sekeluarga......
ada yang sanggup mengentrykan juga kisah Arwah Zulaikha...
aku dan keluarga amat terharu dan amat berterima kasih atas sokongan dan doa2 yang telah diberikan oleh KALIAN semua... ada yang sanggup memberikan buku penenang JIWA untuk adik aku... mmg terharu sangat....
rupanya masih ramai lagi rakyat MALAYSIA yang berjiwa murni....
TERIMA KASIH tak terhingga...
Hanya ALLAH swt yang dapat membalas jasa KALIAN semua...


Cuma kekadang hati aku tertanya2... knp??????????
org yang tak pernah kita kenal boleh tergerak hati menghantar atau meninggalkan komen...
boleh meninggalkan doa2...ucapan takziah...yang bertalu2...
ada yang berkongsi kesedihan...
TAPI... sebaliknya.... aku rasa...
bila ada segelintir kawan2 aku yang mana mmg aku kenal...
dan yg pasti aku tahu mereka2 itu juga membaca blog aku....
atau mengetahui dari blog yg lain... ataupun mendengar dari mulut kekawan yang lain...
tp entahlah... satu ucapan takziah dan doa pun tak terkeluar dari mulut kawan2 aku itu....
walaupun sebaris MSG TAKZIAH... itu pun sudah memadai...
Kerana apa???? kerana kita KAWAN.....
aku tidak pasti samada mereka mmg berdendam dgn aku...
atau sebaliknya... yang pasti aku tidak pula selalu berjumpa....
cuma bila kita kawan2 ditimpa musibah...
perasaan simpati dan sedih akan wujud juga dihati kita...
walupun kita tidak rapat...
tp itulah bila PEPATAH dah mengatakan RAMBUT SAMA HITAM tp HATI LAIN2....



Tapi kita kena ingat... hidup di DUNIA ini umpama RODA...
mgkn sekarang keluarga aku ditimpa MUSIBAH....
tp kita tidak tahu masa akan datang... sama ada kita akan terus hidup dengan penuh kegembiraan atau sebaliknya...
hanya ALLAH swt sahaja yang tahu perjalanan hidup kita seterusnya....
Cubalah buangkan perasaan yang hitam di dalam hati masing2....
jika NABI pun sanggup memaafkan umatnya... inikan kita MANUSIA BIASA....



KEPADA SEMUA YG MANA SELAMA TELAH MEMBERIKAN UCAPAN TAKZIAH DAN DOA UNTUK ARWAH DAN JUGA ADIK AKU IJAH... AKU UCAPKAN JUTAAN333 TERIMA KASIH KEPADA KALIAN SEMUA.... HANYA ALLAH SWT SAJA YG DAPAT MEMBALAS JASA2 BAIK KALIAN SEMUA.....



nota: Bila ini terjadi pada diri dan keluarga aku... baru kita boleh tahu siapa kawan kita yang sebenarnya... kawan senang mmg merata2... ttp kawan susah... mmg susah hendak dicari....


AWARD DARI EIDA....


Bermula dengan pagi yang indah ini..
Ingin aku menwar2kan..... bahawa hari ini.....
Adalah hari istimewa... cewah cewah...
Hari Award, kad n tag...

Aku dgn bermurah hati dengan penuh keikhlasan...
memberikan Award yg cute miut ni...





khas untuk member2 blog...yg aku kenal...

CIK TIPAH
KAK PIAH
EMI
MUMMYLICIA
UMIE
ASZ
KM


1. So bila dah insan2 terpilih yang mendapat award ini, mesti meletakkannya didalam blog masing-masing.
2. Link semula kepada pemberi... iaitu AKU eranazeera
3. Kemudian.. anugerahkan award ini kepada 7 orang lagi....
4. Seterusnya.. hendaklah meninggalkan pesanan atau kad jemputan kepada penerima.



Wokeh...wahai kawan2 blog ku... jangan marah yerk.....