nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Monday, November 29, 2010

BEST DAN TAK RUGI...


Semalam aku sefamily... gi nonton cerita REPUNZEL....
penuhi hajat dak Orked...

yang bestnya... tiket Repunzel... semua full berbanding ...2 alam yg 40 juta tuh..hehe

bkn takat mak pak yang bawa anak2... ada yg dewasa2 (hehehe nak gak panggil dewasa) macam aku pun ramai datang dengan geng2.. dengan boypren...kira cerita nih.. mmg mendapat sambutan lah...

so meh layan sinopsis cita nih skit.... tp biasalah... dah nama pun cerita Repunzel.. jalan cerita lebih kurang yang macam dulu2 punya cerita..


special tuk cerita nih... tp kena belilah set rm10.90.. berserta popcorn... bijak2... dorang nih cari untung..hehee

SINOPSIS REPUNZEL..

Cerita ni bermula, ketika raja dan permaisuri sendag menanti kelahiran anak mereka, tp disebabkan permaisuri sakit terlalu lama, maka raja mengarahkan pengawal2 mencari buku ajaib yang terdapat dalam hutan. dan sebenarnya bunga ajaib ini telah disembunyikan oleh seorang ahli sihir yang bernama Gothel. Gothel menggunakan bunga ini untuk mengekalkan kemudaan dirinya.

Pada malam pengawal2 diraja datang untuk mencari bunga ajaib itu, penutup yg digunakan Gothel telah terjatuh dan akhirnya pengawal2 menjumpai bunga ajaib itu dan dibawa pulang untuk diberikan kepada permaisuri. Dan akhirnya permaisuri Selamat melahirkan seorang puteri yang sangat comel yang mempunyai rambut yang keemasan… dan mempunyai kuasa ajaib...

Si ahli sihir Gothel amat marah dan telah pergi ke istana dan apabila Gothel memengang rambut Repunzel dengan serta merta wajahnya menjadi muda kembali dan sebab itu Gothel terus memotong hujung rambut Repunzel tetapi rambut itu terus bertukar menjadi warna hitam dan tiada kuasa ajaib lagi. Dan akhirnya Gothel telah nekad menculik Repunzel dan mengurung Repunzel di tmpt yang tiada siapa tahu dan di sebuah istana yang amat tinggi.

Repunzel telah dewasa dan mempunyai rambut yang amat panjang (tak silap dalam 70kaki). Gothel selalu melarangnya meninggalkan menara. Setiap tahun pada hari ulang tahun Rapunzel, kerajaan mengadakan festival tanglung (lebih kuranglah) untuk mengenang puteri mereka yang hilang. Rapunzel melihat tanglung tersebut dari jendela dan keinginnya untuk melihat dari dekat sendiri tanglung2 itu tetapi dilarang keras oleh Gothel.






panjang kan rambut repunzel


Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Rider telah menceroboh menara tersebut semasa lari daripada pengawal2 istana kerana mencuri. Menggunakan kesempatan itu, Rapunzel telah berpakat dengan Rider untuk melepaskan diri dan membawanya keluar untuk melihat sendiri tanglung2 itu dari dekat.


si ahli sihir Gothel..


Rapunzel melarikan diri dengan seekor sesumpah (binantang yg boleh bertukar kaler), Pascal dan seekor kuda, Maximus (kuda istana) yang tidak putus2 mencari dan menangkap Rider tetapi akhirnya telah Berjaya dipujuk oleh Repunzel. Dia berasa gembira kerana tidak pernah merasa keluar selama 18 tahun dan dia melalui satu pengembaraan menarik yang tidak pernah dia lalui sepanjang hidupnya. akhirnya Repunzel berjaya melihat sendiri pesta yang mana beribu2 tanglung dilepaskan bagi meraikan hari lahir puteri (dia sendirilah tu). masa tulah juga.. akhirnya, Rapunzel dan Flynn jatuh cinta.


bykkan tanglung2 yang dilepaskan... mmg cantik ja nmpk...



Tetapi nasib Repunzel tidak menyebelahi mereka apabila Gothel berjaya menangkap Rapunzel dan membawanya ke menara. Manakala, Flynn pula telah ditangkap oleh pengawal istana.

Flynn berjaya melepaskan diri dan pergi menyelamatkan Rapunzel dengan bantuan Maximus (kuda istana..). Flynn sampai ke menara tetapi telah ditikam oleh Gothel. Sebagai pertukaran, Rapunzel berjanji akan bersama dengan Gothel selama-lamanya jika dia dibenarkan menyembuhkan Flynn, Gothel bersetuju.
Sebelum sempat Rapunzel menyembuhkan Flynn, Flynn berjaya memotong rambut Rapunzel dan rambut Repunzel yang keemasan itu bertukar menjadi warna coklat dan semua kuasa telah hilang dan Gothel juga telah bertukar menjadi sangat buruk (tua) dan disebabkan terlalu marah Gothel telah terjatuh ke luar menara kerana (tersandung rambut repunzel) dan bertukar menjadi debu. Walaupun kuasa ajaib telah hilang dari rambut Repunzel tp Flynn Berjaya disembukan dengan air mata Rapunzel.
Dan ending yang semua org boleh agak… berjumpalah Repunzel dengan kedua ibu bapanya.. dan Berkahwinlah Repunzel dengan Flynn…




watak2 yang mmg best dlm cerita nih....dan yang paling lawak dan best adalah kuda istana Maximus... mmg kelakar....


____________________________________________________


tapi... bagi aku...mmg bestlah cerita nih.. tak rugi bawak anak-anak tengok.. lawak pun lawak cerita nih.....




nota AKU :......... lega.............



2 comments:

eMMe said...

kalo masuk hall tgk citer rapunzel penuh budak2 kan, ade yg couple yg tgk?

EraNaZeErA.. said...

to EMME >

mmg penuh ngan budak2... tp ada gak yg couple... mgkn nak ubah angin kot..hehee