nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Monday, November 3, 2008



KEPUTUSAN DARAH ARWAH ZULAIKHA....



Hari Jumaat 31.10.2008 keputusan darah Arwah telah keluar... Dr. Pakar dari Jabatan Forensik HKL telah menghubungi Ijah... dan amat mengejutkan sekali... seperti yang dijangka... oleh kami sekeluarga... mmg benar Arwah SIHAT... ujian darah NEGATIF... tiada sebarang Virus atau bakteria yg dikesan di dalam darah Arwah... maknanya tiada jangkintan paru-paru seperti yg tertera di Siji Kematian Arwah...


Dalam kenangan Arwah Zulaikha



Tergamam Ijah mendengar keterangan yang diberikan oleh Dr. Hiew itu.. maknanya skrang ni masih belum terjawab bagaimana Arwah boleh meninggalkan kita... Cuma Dr. Hiew minta tempoh sehingga hari Rabu ni coz dia nak buat test kat tisu badan Arwah pulak... tp dengan keputusan ini mmg betul apa yang ijah dan kami sekeluarga rasa dan mengikut apa yang Dr. Hiew bagi tahu masa hari kejadian tu... bahawa di kepala sebelah kanan Arwah ada kesan hentakan kuat...samada jatuh dari tempat tinggi atau terkena pukulan....




So, sekarang ni Ijah dan aku sekeluarga masih tertanya2 apa yang terjadi sebenarnya... lepas saja Ijah dah tahu keputusan darah Arwah.. Ijah just hantar SMS ke pengasuh mereng tu... Ijah just sebut darah Arwah tiada Virus dan bakteria dan ijah tanya ada tak akak sembunyikan apa2 lagi dari Ijah...




dan ini jawapan pengasuh tu kepada ijah.. (aku type balik...tiada tokok tambah - cik tipah pun dah baca sms ni)


"kakak n family kakak nak ape lagi cm mana lagi. tu yang sebenar terjadi mana ada pernah tinggalkan dia sorang2. kalau kak nak g kedai, kak yani dia yang tolong jagakan. pendek kata x pernah jatuh la kan umah, kami jaga mcm anak sendiri lagi ada lebih kasih lebih penjagaan dari anak sendiri. tu abg saufi (suami pengasuh) kata susah la kalau orang tak tau bersyukur & berterima kasih atas segala kebaikan yang kami anak beranak buat. lauk ayam nye, daging mcm2 lagi tolong masakkan lagi bubur nasi. gas masak x kira, letrik x kira. kalau kena ngan org lain semua dah kira termasuk lebih masa jaga. ni bukan kami ungkit2 tp nak bagi awak sedar kekurangan & pemikiran. jgn kebaikan org akhirnya nak pijak kepala pulak. kami tak marah tp tersinggung hati kami anak beranak. kebaikan dan kesabaran org ada had nye. jgn sampai kita dua keluarga ni jd bermusuhan tu jelah nak kami cakap. kami tak marah jgn lebih2. jangan pandang orang sebelah mata tu je nak bagi ingat."



apa korang akan rasa, kalu ini terjadi kan diri korang... ijah yang ditimpa musibah dia pulak yang lebih2 berkecil hati.... sedangkan SMS ijah hanya memberitahu keputusan darah Arwah dan tanya apa yang belum diceritakan je... terus melintang bagai nak rak... bila ijah kata yang selama ni bubur nasi tuk Arwah pun ijah yang bagi beras, carrot, ubi pendek kata semua ijah bekalkan kecuali ayam ngan daging... ijah mmg tak suruh letak coz Arwah masih 7 bulan... bukannya pandai nak mkn suma tu... ijah tak pernah potong bayaran walaupun time cuti sekolah... cuma skrg ni ijah nak tahu apa yang jadi je...dan ayat ijah akhir sekali..."takpelah kak, deeja tak nak panjang2...kita tunggu je Polis amik keterangan dan jumpa di mahkamah je...." bila pengasuh tu dah baca terus dia tak jawab... tak lama kemudian masuk plak SMS...kata dia nak jumpa ijah hari Selasa ni... nak bincang betul2...



sebenarnya ijah dan kami sekeluarga bukannya gilakan duit untuk saman pengasuh tu... kami cuma nak kematian Arwah terbela je... walaupun kita saman berjuta2 sekalipun... Arwah tetap tak boleh kembali kepangkuan ijah dan kami sekeluarga... Cuma apa yang kami inginkan nak tahu apa yang terjadi coz Ijah kata masa pengasuh tu telefon ijah bagi tahu Arwah dan biru, Ijah masih terdengar Arwah menangis kuat di belakang... menangis seperti orang sakit... so persoalan itulah yang masih belum terjawab...kenapa Arwah menangis begitu kuat sekali.... dan apa yang paling ijah dan kami sekeluarga tak bleh terima kata2 pengasuh tu semasa dia tipon ijah... ini ayat dia.. " Deeja, balik cepat. akak takut ko tak sempat tengok anak ko ni. anak ko dah biru.. itu yg dia ckp masa dia tipon ijah... patut ke tak??? "



dlm kenangan syasya dan arwah



aku akan ke rumah Ijah hari Selasa ni.. takkan ku biarkan ijah dan zubed keserongan untuk jumpa pengasuh tu.. ijah pun minta aku datang untuk temankan dia... skrg ni ijah dan kami sekeluarga bersyukur kerana Doktor yang merawat Arwah haritu di Damai Hospital betul2 ambil berat... Dr. itu sediri akan berbincang ngan Dr. Hiew di HKL... dan Dr. tu jugak telah berbincang ngan lawyer macam mana nak bukak kes ni balik... Alhamdullillah masih ramai yang mahu membantu ijah..








Kalau dari awal pengasuh tu cerita apa yang terjadi... tak perlulah Arwah di p.mortemkan... ini tidak, masih menyembunyikan perkara sebenar... Cuma kami sekeluarga berharap kebenaran akan terjawab jugak... Biarlah Pengasuh tu terima balasan yang setimpal...



Ijah dan Zubed meminta aku menyampaikan jutaan-jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan takziah, doa untuk Arwah dan kata2 semangat untuk dirinya... dia amat bersyukur kerana masih ramai yang prihatin.... hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua... dan sama2lah kita berdoa agar kebenaran tentang kematian Arwah akan terjawab jugak... Biarlah kematian Arwah Zulaikha terbela....



nota : untuk makluman semua, Ijah dah pulih sedikit dari kesedihan dan dah redha dengan pemergian Arwah. cuma ijah masih lagi seperti di awal kehilangan.. selepas solat subuh terus ijah akan ke kubur Arwah...dan ijah juga skrg dah mula banyak membaca buku2 untuk menenangkan jiwa... terima kasih kepada kawan blog aku Kak PIAh...dan terima kasih jugak kepada En.Shukri dari blog Cik tipah yang telah mensuggestkan buku La Tahzan. mmg amat berguna... semoga Allah membalas jasa baik kalian semua...

Thursday, October 30, 2008


CERITA TENTANG KAWAN AKU..kahwin ....

agak lama dah cite ni... tp al-maklumlah aku masih belum ada mood yg sepenuhnya nak bergumbira sangat... rasanya suma org pun dah tahu apa yg ahli keluarga aku alami dalam minggu lepas... yg tak baca sila SCROLL di bawah...

tp bak kata org... kehidupan ttp kena diteruskan.... cuma hati kita yg merasa je susah skit nak pulih sepenuhnya... kejadian ni ari Sabtu 26 Oktober 2008... aku dan CIK TIPAH @ adeq ke rumah member sepoly seDSK...dulu... beliau menamatkan zaman bujangnya.... aku sbnrnya mmg berat hati nak pegi... berat nak meninggalkan ijah... tp bila ijah kata... kak era pegilah... jgn plk kak era cancel suma aktiviti.... chek takpa... zubed ada... lgpun orked pun ada...


inilah pengantin ZAM..yg cam anak patung..cute

so bila dah dgr apa yg ijah ckp... aku pun mcm ok jelah... terus call cik tipah tanya nak pegi ke tak... so bila dah pakat2... jadilah kitarang pegi... aku gerak dlm kul 11.30pg... peyut yg bawalah... aku just bawa syasya je...

pasangan pengantin...sepadan je...

masa kitarang sampai kekawan DSK belum sampai lagi... so dah makan2 baru nmpk geng2 DSK dtg berjemaah.... aku sbnrnya mmg dah lama tak mkn... bila dah skali mkn terus terasa mual.. pening, semuanya ada.... dan kesudahannya aku hanya duduk kat luar...tepi tempat hadiah... coz kat dlm dah ramai sgt... peyut dah mkn bawa syasya duduk dlm keta...coz lasak sgt....



bersama pengantin..aku,syasya dan cik tipah...

sempat sembang skit2 ngan En.Ashri..lecturer masa kat POLY dulu... lecturer yg mmg sporting gila... ingat lagi aku dan kekawan baik aku g main jetski...dulu... kebetulan masa tu En.Ashri mmg ada business tu... so kira pree lah... fuhhh mmg best... kenangan yg tak bleh lupa....



bersama LECTURER yang sporting morting gitu... EN. ASHRI dan anaknya...


so dah agak lama... hati aku pun dah dok pikir ijah... tak tenang rasanya... dah cite cite skit kat akak ana dan akak ima...terus terasa sebak blik... so aku suruh kakak2ku itu baca je blog aku je... kisah sebenar yg terjadi... aku takut aku nangis kat rumah kenduri plak... aku smpt gak jumpa member2 lain... cuma ada kawan yg aku pun tak tahu apa masalah ngan aku... tetiba melarikan diri...pusing jauh untuk elakkan dari bertemu aku... sedangkan dia nampak aku dan aku pun dah melemparkan senyuman aku yang ala2 jiwa kacau.. tp ikhlas... tp entahlah aku pun heran knp sampai nak elakkan diri... aku rasa aku tak da masalah langsung... tp lantaklah... aku pun banyak benda yg lagi penting nak pikir... itu antara dia dgn ALLAH... aku dah ikhlas senyum nak menegur... masih ramai lagi kekawan aku yg ikhlas nak berkawan ngan aku... aku skrg ni hanya pikirkan hal adik aku je... hal yg ala2 kebudakkan ni dah malas nak pikir...


bersama akak2 ku... kak ima dan kak ana...




oklah...stop melalut yg bukan2... aku dah la tengah runsing lg... tp tu la... aku dah on the way... terus dpt panggilan dri ijah... tanya dah kat mana... bila aku tanya knp? ijah ckp saja je... aku tau sebenarnya ijah tu sunyi...so dlm kul 6.00 ptg aku sampai kat umah ijah... bertemankan PIZZA HATTTTT... tuk bagi ijah mkn... coz dia dah lama tak mkn...
so tu jelah cite aku yg tak berapa nak best sgt... coz aku pun masih takda mood.. semua gambo pun cik tipah yg amik...aku tak amik sekeping pun... bj pun yg aku pakai pun baju ijah, coz aku mmg tak bawa baju kurung..sbb dr awal rasa cam tak nak g.. tu yg warna bju tu kurang sesuai ngan kulit aku yg ala2 tak berapa cerah tu...







nota : hari ni sbrnya aku MC... coz diserang demam + semput + selesema. pg tadi dah g sedut gas seround.... ni masih lg semput... kalu baik mlm ni nak balik terengganu plak... adik peyut bertunang...

Wednesday, October 29, 2008




KEMBALI BEKERJA...



baru je aku telefon adik aku IJAH... ijah hari ni dah mula bekerja seperti biasa... di Sek.Keb. Taman Permata. Ijah merupakan cikgu bg bahasa inggeris, matematik dan sains... aku tau ijah masih lagi sedih...dgr suara pun suara yang baru lepas menangis.. masa ckp dengan aku pun suara tersekat2... katanya bila dah datang sekolah, semua cikgu2 dan anak2 murid ijah datang bertanyakan khabar dan mulalah air mata mengalir semula...

Wajah terakhir Arwah...



Ijah paling terasa kerana..selalunya sebelum pergi kerja dia akan menyusukan zulaikha.. tp pagi ini... kosong... tiada apa yang dilakukan... selalunya rutin di awal pagi hantar zulaikha ke rumah pengasuh... ttp mulai saat ni kata ijah.. dia akan melawat zulaikha dahulu...di rumah baru zulaikha sebelum ke tempat kerja... untuk pengetahuan...ijah akan melalui kubur zulaikha dulu kalau nak kemana2... itu yang lagi menyebakkan hati ijah...rasa tak sanggup nak keluar ke mana2... kubur Arwah juga betul2..mengadap jalan raya besar...mmg akan nampak walaupun kita berada di dalam kereta.... kesian ijah... mmg sayu...




aku hanya dapat mengatakan sabar bebayak je... aku turut terasa sedih... aku jadi risau coz minggu ni aku nak balik ke Terengganu kerana adik Peyut bertunang... tp hati ini terasa berat nak meninggalkan ijah dan suami keserongan... bila aku menyuarakan kat ijah...mmg ijah kata takpe...tp aku tau dia ttp sunyi... kalau ada aku dan anak2 mungkin rumah ijah tak sesunyi ini.... aku juga buntu... balik atau tak.. tapi tak baik pulak kalau aku pun turut bersedih sangat... nanti ijah lagi sedih...

apapun... rasa tak sabar sgt nak tunggu keputusan darah..hari jumaat ni baru dapat tau keputusannya... smlm semasa ijah ke Hospital Damai.. doktor yg rawat Arwah pun ada kata...mustahil jangkitan paru2 mesti Arwah terjatuh... coz ijah pun rasa cam2 sbb masa ijah terima panggilan dari pengasuh mereng tu...Arwah masih menangis lagi...menangis macam orang sakit sgt... harap2...pengasuh tu dapat balasan yang setimpal...kesian Arwah...mcm mana la selama ni pengasuh tu layan Arwah... tak dpt nak bayangkan...



ijah pernah kata kan aku... mungkin ALLAH ambil Arwah dari tangan dia coz dia dah tersalah bagi org jaga Arwah.. mungkin ALLAH tak nak Arwah lagi terseksa di bawah jagaan pengasuh mereng tu... kesian ijah... sampai skrg masih menyesal kerana lambat bertindak... ijah dan zubed sebenarnya mmg nak cari pengasuh lain bulan dpn...coz sejak akhir2 ni, ijah nampak pengasuh tu mcm dah tak bersungguh jaga Arwah... bila ijah hantar je jarang pengasuh tu yg sambut... mesti anak dia..bila ijah pegi amik petang pun anak dia jugak yg bagi.. bila ijah tanya..mummy mana...mesti anak dia ckp mummy kat bilik... ijah dah mula tak sedap hati... ijah rasa dia selalu tinggal Arwah kat anak dia...

Hari Sabtu baru2 ni...aku dan ijah pegi ke rumah pengasuh tu...untuk amik barang baby... pengasuh tu skit pun tak nampak cam sedih... bersiap bagaikan nak raya... siap buat mee goreng, hidang bagai2 kuih... tp ijah skit pun tak bleh pandang muka pengasuh tu... amik ja barang baby terus kami suma balik... kebetulan nak dijadikan cerita... anak pengasuh tu tolong hantarkan buai ke rumah ijah... so ijah pun tanya apa yg jadi masa hari kejadian... dari apa yg anak dia ckp masa zulaikha menangis tu pengasuh tu tak de kat rumah... coz anak dia tersalah ckp..katanya...lepas bby dah lama menangis baru mummy turun... so ijah pun terkejut la.. bila ijah tanya HA TURUN...turun dari mana..??? terus anak dia ckp EH..baru mummy keluar dari bilik.... so skrng ni nampak tak...mesti ada sesuatu yang terjadi kat Arwah...




Pengasuh tu skit pun tak pernah nak bertanyakan khabar ijah macam mana ke, nak minta maaf ke, yang dia hantar msg minta ijah tolong ubahkan kereta ijah coz anak dia nak parking tak bleh... sedangkan dia tau umah ijah kat ramai lagi... skit pun tak nak bertimbang rasa...



Dah la masih hari kejadian, selepas selesai p.mortem..masa nak bawa blik Arwah kerumah... boleh masa dalam perjalanan dia minta zubed hantarkan dia ke Damai balik... katanya nak amik kereta dia... isshhhh berderau darah kitarang... yang tu yang dikisahkan...bknnya kisahkan nak uruskan Arwah dulu... terus aku ckp... " sabar kak..kereta saya pun ada kat situ...kita uruskan Jenazah dulu..tak mana lah kereta tu.." ingatkan dia nak kata ok lah.. pastu dia sambung balik " tp akak tak bayar parking...kang kena saman plak" ishhh la... aku mcm nak tendang dia kuar dari kereta je... "terus zubed sambung...takpe nnt parking saya bayar..." kita urus Arwah dulu.....

bila dah sampai kat rumah ijah... bukannya dia nak tolong sama naik uruskan Arwah... sedangkan rumah dia atas rumah ijah ja...ijah tingkat 3, dia tingkat 4... dia tahu masa tu kami takde sapa2 lagi..mak bapak pun belum sampai.. nasib baik kekawan ijah yang tolong kemaskan rumah dan uruskan tmpt untuk letakkan Arwah... pengasuh mereng ni bleh terus naik pegi amik kereta dia kat DAMAI balik... lps tu skit pun tak dtng untuk sedekah YASSIN ke apa...tup tup mucul di Kubur dengan pakaian yg ala2 berkelip dan brushhh kedabak punya besar...lilit2 lg tudung tu... air mata pun dah tak nampak... kalu tak masa kat HKL dialah ratu menangis... tp bila dah abis p.mortem... nangis pun dah reda skit... isshhhh mmmg sah2 nampak..ada sesuatu yang disembunyikan...



kami sekeluarga rasa tak sabar nak tunggu keputusan hari jumaat ni... biarlah pemergian Arwah Zulaikha terbela... kalau betul pengasuh mereng tu ada lakukan sesuatu kat Arwah... biarlah Allah tunjukkan balasannya... pengasuh mereng tu akan menjadi nenek dalam masa terdekat nanti... kita tgk sejauh mana dia nak menyembunyikan perkara sebenar...



Untuk Ijah, kak harap ijah sabar banyak2.... kak tau mmg susah ijah nak pulih sepenuhnya... tp ingatlah Arwah Zulaikha tak akan tenang selagi Ijah tak merelakan permergian dia... dan Arwah Zulaikha dah selamat berada di Syurga... cukup lebih cukup dari apa yang kita bagi kat Arwah selama ini.... semuanya ada... cuma ijah perlu banyak berdoa agar ALLAH bukakan pintu hati ijah untuk terus tenang dan sabar dalam melalui kehidupan yang dah berubah tanpa Zulaikha disisi... dan ijah kena ingat... Kak dan semua family, kekawan ijah dan juga kekawan kak semuanya doakan agar Arwah tenang disana..dan doakan agar ijah dan zubed akan dapat pengganti yang saling tak tumpah mcm Arwah.....



kenangan abadi...Arwah Zulaikha semasa Hari Raya... Comel berbaju kurung sedondon ngan ijah dan Zubed...


11:10 AMComments (19)

nota: Biarlah ALLAH yang tunjukkan balasan kepada pengasuh mereng tu... kalau benar dia mmg dah menyeksa ARWAH sebelum ni....

Tuesday, October 28, 2008


KOSONG...


aku pun tak tahu mcm mana nak gambarkan kekosongan yang ijah dan suami alami... termasuk jugak aku sekeluarga... aku masih bermalam di rumah ijah... mmg terasa kosong sekosongnya.... ijah masih lagi bersedih walupun kadangkala tersenyum gak tgk keletah anak2 aku... tp hanya sekejap... selepas itu kembali murung.... jauh saja pandangan ijah... aku pun kembali sebak... aku jugak tak kuat... aku jugak ttp menangis bila terkenangkan Arwah.... ijah selalu berulang kali memainkan video Arwah...sambil melihat air mata ijah terus laju mengalir membasahi pipi... sebak... ijah tido berselimutkan kain yang membalut Arwah... sembahyang bersujudkan kain yang juga membalut Arwah...

ruang tamu....tempat Arwah bermain...skrg hanya tinggal kenangan...



Malam Jumaat... dlm pukul 2.00 pg tetiba aku terdengar orng menangis... aku ingatkan ijah... rupanya Zubed yang menangis... selama ini zubed begitu kuat... susah melihat air matanya... ttp malam tu mmg zubed tak tahan sangat... zubed menangis sambil menyusun gambar Arwah yang baru dicuci.... aku pun terus menangis melihat zubed yang kuat selama ini menangis jugak akhirnya....



inilah baju Arwah pakai masa pagi kejadian..dan meninggal pun dengan masih memakai baju kurung ni...sampai skrg masih ada lagi bau Arwah...




Besok tu...zubed sekali lg menangis bila menyimpan barang2 Arwah ke dalam kotak...katil baby, walker, buai... dan semua barang2 Arwah... terisak2 ijah dan zubed menangis... aku terus masuk ke dalam bilik... tak tahan rasanya....


baju2 Arwah...

masa berlalu begitu pantas rasanya...hari ahad saja aku kuar g kenduri kawin kawan aku...di PD... tp itu pun dengan hati yg masih teringatkan ijah... aku tinggalkan anak aku ORKED bersama ijah dan zubed agar mereka tidak sunyi... tp hati aku ttp di sana... disebabkan aku pun tak makan sangat... bila sekali aku makan terus terasa angin...mual nak muntah...pening sumanya ada.... terasa mcm terus nak balik.... dalam perjalanan terus dpt panggilan dari ijah... tanya bila aku nak balik...bila aku tanya kenapa...ijah jawab saja je... aku tau ijah sunyi.... terus terasa nak je suruh peyut tekan minyak biar sampai cepat skit...


ijah masih melihat gambar2 Arwah..




ijah dirumah dia... apa saja...mesti dia akan sebut... kak era tau zulaikha suka ni,,zulaika suka buat tu, zulaikha suka mandi, zulaikha suka tengok cita ni, zulaikha suka sembur.... semuanya zulaikha... aku pun tak tahu nak ckp apa... asal apa yang dia ckp mesti pasal Arwah....




barang2 zulaikha...



Ya Allah tolonglah adik ku ini... aku sendiri tak kuat dalam perkara ini....




pagi tadi baru je aku call ijah... ijah cakap smlm mcm dia mimpi Arwah tp dia tak ingat... masa bangun terus terdengar azan subuh...dah air mata mmg dah mengalir masa dalam tido katanya... sedih aku dgr... ijah tanya zubed minta nak jaga Orked sampai diarang dpt anak... aku kena tanya peyut dulu... aku tau ijah dan zubed sunyi... aku bleh bagi buat sementara cuti sekolah nanti... bagi pengubat sunyi ijah dan zubed....



HARI INI GENAP 7 HARI ARWAH ZULAIKHA PERGI MENINGGALKAN KITA.... SEMOGA ARWAH TENANG DISANA... AMIN






nota : hari ni unit aku buat open house besar-besaran...tp aku ttp takbleh nak joint sepenuhnya... hati aku masih sedih...coz ramai yg bertanyakan aku kisah Arwah... aku lantas akan menangis bila bercerita... aku tak kuat....sebenarnya... hati aku akan menangis sendiri bila teringatkan Arwah...



Friday, October 24, 2008




ZULAIKHA TELAH PERGI UNTUK SELAMANYA....






rumah baru untuk Arwah Zulaikha...

Seperti yang sedia maklum... adik aku IJAH baru saja kehilangan puteri sulungnya...pada 21 Oktober 2008 (Selasa) pada jam 11.00 pg.. Arwah Zulaikha baru berusai 7 bulan.. dan baru saja boleh bangun untuk berjalan...


pada hari kejadian..Arwah mmg sihat ... tak da langsung menunjukkan sakit... apa yang diceritakan oleh ijah ialah... pada pagi kejadian Arwah bangun seperti biasa, dalam pukul 6.00 pg.. selalunya apabila IJAH solat subuh Arwah akan duduk dalam katil baby. tp pagi tu Arwah menangis nak turun dan Ijah amik letakkan di bawah. tp waktu ijah solat sikit pun Arwah tak kacau. Arwah hanya pegang kaki ijah saja.. selepas selesai solat, Ijah baca Al-Quran dan Arwah hanya memerhati saja. kalau tidak ijah kata, Arwah mesti akan kacau, tp pagi itu Arwah seperti sedang leka mendengar Ijah membaca AL-QURAN.



Selepas selesai, Ijah tergerak hati nak pakaikan Arwah baju kurung yang sama warna dengannya, dan masa Ijah nak ambik gambar Arwah memusingkan ke lain. tak nak ambil gambar. mungkin itu pun dah ada petanda. masa ijah hantar ke Pengasuh Arwah masih senyum lagi dan bercakap bahasa baby...


Masa berlalu dengan pantas, dalam pukul 10.12 pg Pengasuh Arwah menelefon ijah dengan ucapannya begini...



"Deeja, balik cepat, akak takut engkau tak sempat tengok anak engkau..sbb dah biru" tp pada masa yang sama Ijah terdengar Zulaikha menangis kuat sangat di belakang..menangis macam org sakit sangat..



apalagi Ijah terus balik rumah... masa on the way nak ke Damai Hospital, Taman Melawati ijah masih sempat buat CPR ke Arwah... masa tu Ijah kata masih lagi dengar Arwah bernafas seperti tersekat2... nak jadi cerita Pengasuh tersalah jalan.. terus ijah suruh berenti kereta.. dan Ijah dukung Arwah berlari (kasut pun tak pakai) sambil menjerit meminta tolong... tp sapa pun xda nak berenti kereta dan tetiba ada mamat rempit ni berenti dan bawa ijah dan Arwah ke Damai hospital. Tp Ijah kata masa atas moto tu dia dah rasa Arwah dah tak de coz kepala dan tangan pun dah terkulai...tp bila sampai ja kat Damai... Arwah memang dah takde... tp doktor ttp usahakan jugak... tepat jam 11.00 pg Arwah pergi untuk selamanya.....


ijah tenang bersama Arwah...



Kebetulan pada hari kejadian... semua kakak dan abang Zubed balik kampung KEDAH... dan zubed pula berkerja di PUTRAJAYA... so masa zubed sampai pun Arwah dah takde...


Arwah yg sedang tersenyum dengan baju raya baru..(mlm raya)


masa ijah call aku kat opis..menangis " kak era tolong...tolong... zulaikha dah lembik" mai la sini... org takda sapa ni..." terus panggilan terputus... aku apa lagi call balik dan terus tipon ADEQ (CIK TIPAH tanya dimana Damai hospital....


Masa aku on the way.. dah nak sampai... ijah call..."kak era Zulaikha dah takde... aku rasa tergamam dan terus menggigil... terus tipon cik tipah...coz aku dah takleh nak bawa keta... nak tekan brek ngan minyak pun dah tak tahu...


Masa aku sampai kat Damai... ijah dah terkulai layu....dalam 2 minit lepas tu baru Zubed sampai...disebabkan doktor kat Damai tak tahu punca kematian so kenalah buat p.mortem untuk keluarkan sijil kematian... dan ini pun dah jadi kes polis coz meninggal bukan di tangan ibu bapa sendiri...






Rupanya...bila doktor dan polis siasat pengasuh tu... dia ckp dia bagi Arwah makan nasi... tp bila doktor dah buat p.mortem sebutir nasi pun takde...susu pun langsung takde...yg ada hanya air masak... maknanya dia tak bagi Arwah makan dr Ijah hantar masa jam 6.45pg lagi... tp Pengasuh ni sampai sudah xmau mengaku....ttp berkeras ckp dia bagi makan.... bila disoal siasat lagi... rupa2nya Arwah dah start biru pada jam 9.00 pg tp dia call ijah pada jam 10.12 pg... begitu lama baru nak bagi tahu... bila polis tanya apa yg dia buat bila nampak Arwah dah biru, dia cakap dia angkat dari buai dan letak atas katil plak... bila tanya kenapa tak telefon ijah, dia cakap ingatkan Arwah tido je... memang BENGONG...aku mcm nak teranjang je...







so bila dah selesai p.mtrm... doktor keluarkan sebab ada jangkitan kat paru2 tp itu pun belum confirm coz result darah 10 hari baru dapat tahu.. dan sebab kedua kepala sebelah kanan terkenan hentakan kuat atau jatuh dari tempat tinggi....bila dah dengar mcm tu bleh plak Pengasuh tu ckp kat org kat situ..."kat rumah akak tak pernah jatuh..tp kat rumah mak dia selalu jatuh"... eee aku mmg mcm nak sepak je pengasuh tu... tapi menurut doktor kesan dikepala tu adalah kesan baru... bukannya dah lama...so kitarang rasa mungkin ada sesuatu yang terjadi...



Tp semasa memandikan Arwah...muka Arwah tersenyum je...lembut je... Ijah, Zubed dan aku yang memandikan jenazah...Uztazah JAWI turut membantu....Arwah dikebumikan selepas solat maqrib..di Perkuburan Kelang Gate Baru...



Arwah sedang disembahyangkan...


Lepas selesai semuanya... ijah seperti orang mati...yang hanya duduk menangis...tak mahu bercakap..makan pun tak... apa yang paling sedih kerana selama ini Arwah hanya menyusu badan mmg tidak minum susu formula... dan yang paling sedih bila air susu membasahi baju ijah... sehingga semalam air susu masih banyak lagi... memang akan basah baju ijah... dan ijah akan terus menangis bila melihat air susu itu...


3 hari selepas dilahirkan...

Hari Kedua...tepat jam 6.00 pagi, Ijah terus ke kubur Arwah hingga jam 12.00 tgh... apa yang paling sedih... bila saja terpadang ada semut di tanah kubur Arwah...Ijah kutip satu persatu..kerana takut nanti Arwah sakit... mmg ijah tak bleh terima lagi kenyataan bahawa Zulaikha dah takde.... sampaikan Ijah nak tuangkan air susu yang diperah ke kubur Arwah kerana takut Arwah tak minum apa2... menangis2 ijah minta nak pergi bagi susu ke Arwah... kami di rumah semuanya buntu... dah tak tahu nak cakap apa lagi... Ijah setiap masa menangis je...


Sampai semalam masa aku nak balik... ijah masih lagi menangis mengenangkan Arwah.... setiap masa ijah tengok Video arwah sehari sebelum meninggal....



Cuma permintaan Ijah sekarang ni yang dia minta doa agar ALLAh ketemukan dia dgn Arwah di dalam mimpi dan dpt memeluk cium buat kali terakhir....

aku berharap sangat agar permintaan dia termakbul.... AMIN.....


kenangan di Hari Raya yg lepas...


Aku bagi pihak keluarga berterima kasih kepada semua yang telah sudi memberi semangat... kepada kakak2 sepupu aku yg sanggup datang tinggalkan kerja tuk bagi semangat kat ijah dan tunggu sehingga selesai Arwah dimandikan dan dikafankan, kekawan opis aku yang sanggup datang ke Damai...tak lupa buat kawan2 baik aku...adeq, ayong, achu dan ateh... yang menelefon dan bersms... pada kekawan blog yang telah memberi ucapan dan doa untuk Arwah...dan aku rasa terharu kerana adeq (CIK TIPAH) sanggup meredah hujan datang ke HKL utk bagi semangat kat aku dan ijah.... dan ayong sanggup datang ditanah perkuburan walaupun hujan dan dengan keadaan dia yg berbadan dua... TERIMA KASIH SEMUA....SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK KORANG SEMUA,....

Cuma aku memohon agar korang suma tolong berdoa untuk Ijah agar Allah pulihkan semangat Ijah untuk teruskan hidup ini... dan ketemukan Ijah dengan Arwah hanya sekali saja....marilah kita sama2 berdoa....


Tuesday, October 21, 2008

Al-Fatihah!!!

Baby Zulaikha - 7 bulan, telah pergi meninggalkan kita semua pada hari ini, 21 Oktober 2008 [Selasa].


Arwah akan dikebumikan malam ini juga [maybe lepas Maghrib atau Isyak] di Tanah Perkuburan area Klang Gate/Taman Melawati.

Al-Fatihah untuk arwah! Takziah untuk Ieja dan Zubek.

*Tolong update bagi pihak owner blog nih - Tipah -