nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Wednesday, October 29, 2008




KEMBALI BEKERJA...



baru je aku telefon adik aku IJAH... ijah hari ni dah mula bekerja seperti biasa... di Sek.Keb. Taman Permata. Ijah merupakan cikgu bg bahasa inggeris, matematik dan sains... aku tau ijah masih lagi sedih...dgr suara pun suara yang baru lepas menangis.. masa ckp dengan aku pun suara tersekat2... katanya bila dah datang sekolah, semua cikgu2 dan anak2 murid ijah datang bertanyakan khabar dan mulalah air mata mengalir semula...

Wajah terakhir Arwah...



Ijah paling terasa kerana..selalunya sebelum pergi kerja dia akan menyusukan zulaikha.. tp pagi ini... kosong... tiada apa yang dilakukan... selalunya rutin di awal pagi hantar zulaikha ke rumah pengasuh... ttp mulai saat ni kata ijah.. dia akan melawat zulaikha dahulu...di rumah baru zulaikha sebelum ke tempat kerja... untuk pengetahuan...ijah akan melalui kubur zulaikha dulu kalau nak kemana2... itu yang lagi menyebakkan hati ijah...rasa tak sanggup nak keluar ke mana2... kubur Arwah juga betul2..mengadap jalan raya besar...mmg akan nampak walaupun kita berada di dalam kereta.... kesian ijah... mmg sayu...




aku hanya dapat mengatakan sabar bebayak je... aku turut terasa sedih... aku jadi risau coz minggu ni aku nak balik ke Terengganu kerana adik Peyut bertunang... tp hati ini terasa berat nak meninggalkan ijah dan suami keserongan... bila aku menyuarakan kat ijah...mmg ijah kata takpe...tp aku tau dia ttp sunyi... kalau ada aku dan anak2 mungkin rumah ijah tak sesunyi ini.... aku juga buntu... balik atau tak.. tapi tak baik pulak kalau aku pun turut bersedih sangat... nanti ijah lagi sedih...

apapun... rasa tak sabar sgt nak tunggu keputusan darah..hari jumaat ni baru dapat tau keputusannya... smlm semasa ijah ke Hospital Damai.. doktor yg rawat Arwah pun ada kata...mustahil jangkitan paru2 mesti Arwah terjatuh... coz ijah pun rasa cam2 sbb masa ijah terima panggilan dari pengasuh mereng tu...Arwah masih menangis lagi...menangis macam orang sakit sgt... harap2...pengasuh tu dapat balasan yang setimpal...kesian Arwah...mcm mana la selama ni pengasuh tu layan Arwah... tak dpt nak bayangkan...



ijah pernah kata kan aku... mungkin ALLAH ambil Arwah dari tangan dia coz dia dah tersalah bagi org jaga Arwah.. mungkin ALLAH tak nak Arwah lagi terseksa di bawah jagaan pengasuh mereng tu... kesian ijah... sampai skrg masih menyesal kerana lambat bertindak... ijah dan zubed sebenarnya mmg nak cari pengasuh lain bulan dpn...coz sejak akhir2 ni, ijah nampak pengasuh tu mcm dah tak bersungguh jaga Arwah... bila ijah hantar je jarang pengasuh tu yg sambut... mesti anak dia..bila ijah pegi amik petang pun anak dia jugak yg bagi.. bila ijah tanya..mummy mana...mesti anak dia ckp mummy kat bilik... ijah dah mula tak sedap hati... ijah rasa dia selalu tinggal Arwah kat anak dia...

Hari Sabtu baru2 ni...aku dan ijah pegi ke rumah pengasuh tu...untuk amik barang baby... pengasuh tu skit pun tak nampak cam sedih... bersiap bagaikan nak raya... siap buat mee goreng, hidang bagai2 kuih... tp ijah skit pun tak bleh pandang muka pengasuh tu... amik ja barang baby terus kami suma balik... kebetulan nak dijadikan cerita... anak pengasuh tu tolong hantarkan buai ke rumah ijah... so ijah pun tanya apa yg jadi masa hari kejadian... dari apa yg anak dia ckp masa zulaikha menangis tu pengasuh tu tak de kat rumah... coz anak dia tersalah ckp..katanya...lepas bby dah lama menangis baru mummy turun... so ijah pun terkejut la.. bila ijah tanya HA TURUN...turun dari mana..??? terus anak dia ckp EH..baru mummy keluar dari bilik.... so skrng ni nampak tak...mesti ada sesuatu yang terjadi kat Arwah...




Pengasuh tu skit pun tak pernah nak bertanyakan khabar ijah macam mana ke, nak minta maaf ke, yang dia hantar msg minta ijah tolong ubahkan kereta ijah coz anak dia nak parking tak bleh... sedangkan dia tau umah ijah kat ramai lagi... skit pun tak nak bertimbang rasa...



Dah la masih hari kejadian, selepas selesai p.mortem..masa nak bawa blik Arwah kerumah... boleh masa dalam perjalanan dia minta zubed hantarkan dia ke Damai balik... katanya nak amik kereta dia... isshhhh berderau darah kitarang... yang tu yang dikisahkan...bknnya kisahkan nak uruskan Arwah dulu... terus aku ckp... " sabar kak..kereta saya pun ada kat situ...kita uruskan Jenazah dulu..tak mana lah kereta tu.." ingatkan dia nak kata ok lah.. pastu dia sambung balik " tp akak tak bayar parking...kang kena saman plak" ishhh la... aku mcm nak tendang dia kuar dari kereta je... "terus zubed sambung...takpe nnt parking saya bayar..." kita urus Arwah dulu.....

bila dah sampai kat rumah ijah... bukannya dia nak tolong sama naik uruskan Arwah... sedangkan rumah dia atas rumah ijah ja...ijah tingkat 3, dia tingkat 4... dia tahu masa tu kami takde sapa2 lagi..mak bapak pun belum sampai.. nasib baik kekawan ijah yang tolong kemaskan rumah dan uruskan tmpt untuk letakkan Arwah... pengasuh mereng ni bleh terus naik pegi amik kereta dia kat DAMAI balik... lps tu skit pun tak dtng untuk sedekah YASSIN ke apa...tup tup mucul di Kubur dengan pakaian yg ala2 berkelip dan brushhh kedabak punya besar...lilit2 lg tudung tu... air mata pun dah tak nampak... kalu tak masa kat HKL dialah ratu menangis... tp bila dah abis p.mortem... nangis pun dah reda skit... isshhhh mmmg sah2 nampak..ada sesuatu yang disembunyikan...



kami sekeluarga rasa tak sabar nak tunggu keputusan hari jumaat ni... biarlah pemergian Arwah Zulaikha terbela... kalau betul pengasuh mereng tu ada lakukan sesuatu kat Arwah... biarlah Allah tunjukkan balasannya... pengasuh mereng tu akan menjadi nenek dalam masa terdekat nanti... kita tgk sejauh mana dia nak menyembunyikan perkara sebenar...



Untuk Ijah, kak harap ijah sabar banyak2.... kak tau mmg susah ijah nak pulih sepenuhnya... tp ingatlah Arwah Zulaikha tak akan tenang selagi Ijah tak merelakan permergian dia... dan Arwah Zulaikha dah selamat berada di Syurga... cukup lebih cukup dari apa yang kita bagi kat Arwah selama ini.... semuanya ada... cuma ijah perlu banyak berdoa agar ALLAH bukakan pintu hati ijah untuk terus tenang dan sabar dalam melalui kehidupan yang dah berubah tanpa Zulaikha disisi... dan ijah kena ingat... Kak dan semua family, kekawan ijah dan juga kekawan kak semuanya doakan agar Arwah tenang disana..dan doakan agar ijah dan zubed akan dapat pengganti yang saling tak tumpah mcm Arwah.....



kenangan abadi...Arwah Zulaikha semasa Hari Raya... Comel berbaju kurung sedondon ngan ijah dan Zubed...


11:10 AMComments (19)

nota: Biarlah ALLAH yang tunjukkan balasan kepada pengasuh mereng tu... kalau benar dia mmg dah menyeksa ARWAH sebelum ni....

No comments: