nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Thursday, December 31, 2009



BERITA GEMBIRA MENJELANG TAHUN 2010...

KHAS BUAT SEMUA PEMBANTU KHAS (PA)



akhirnya... perjuangan semua2 PA2.. dan pihak yang terlibat....(thanks to lecturer aku.. en.ashri... coz salah satu komiti)

untuk kenaikan gred jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) ke jawatan yang setaraf dengan DIPLOMA telah diluluskan oleh pihak KERAJAAN....

coz selama ini jawatan PA adalah sama level dengan kerani N17....yg memerlukan SPM untuk mengisi jawatan N17...

so... inilah pekeliling yang telah dikeluarkan...oleh JPA .. aku just copy sesikit ja..



KERAJAAN MALAYSIA
__________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2009
___________________________________
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT


TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenaiperubahan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 kepadaskim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22,N27/28, N32, N36.



LATAR BELAKANG
2. Jawatan Pembantu Khas yang diisi dari kalangan perkhidmatan Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan) adalah bagi melicinkan pengurusan pejabat Hakim Mahkamah Atasan,Ketua Jabatan atau pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai KumpulanPengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan). Antara lain skop fungsi tugasPembantu Khas meliputi kesetiausahaan, pentadbiran pejabat, kewangan, perhubungan


awam dan jaringan kerja. Dengan penggunaan komputer secara meluas serta kepesatanperkembangan teknologi maklumat di samping penekanan mengenai sistem penyampaian dan Key Performance Indicators (KPI) sebagai pengukur dan impak pencapaian organisasi khususnya bagi peringkat jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang setara, menuntut supaya Pembantu Khas menjadi cekap dan kompeten sejajar dengan peningkatan
kompleksiti tugas ini. Sehubungan itu, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) dimantapkan bagi menghadapi cabaran-cabaran dan peningkatan kompleksiti tugas tersebut.



SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT


3. Skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 diubah seperti berikut:

(a) nama skim perkhidmatan diubah daripada Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) kepada Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat;

(b) mewujudkan lapisan gred jawatan/ gred gaji seperti berikut: N17, N22,
N27/28, N32, N36;


(c) memperuntukkan perbekalan lantikan terus ke jawatan Setiausaha Pejabat
Gred N27 menggunakan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik
tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan penetapan gaji
permulaan yang berbeza;

(d) memperuntukkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai tertakluk
kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan seperti berikut:



3
(i) Gred N17 ke Gred N22;
(ii) Gred N17 ke Gred N28;
(iii) Gred N22 ke Gred N28;
(iv) Gred N27/28 ke Gred N32; dan
(v) Gred N32 ke Gred N36.
(e) mensyaratkan lulus ujian kemahiran mengikut tahap tertentu dalam

pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan bagi kenaikan
pangkat ke Gred N22, N28 dan N32; dan
(f) memansuhkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai di Gred N22 ke
Gred N32.

4. Skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat yang baharuadalah seperti di Lampiran A. Format iklan jawatan bagi urusan pengambilan ke perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat adalah seperti di Lampiran B manakala penghuraian tugas adalah seperti di Lampiran C. Jadual Gaji Matriks bagi skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat GredN17, N22, N27/28, N32, N36 adalah seperti di Lampiran D, D1, D2, D3, D4, D5, perubahan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim perkhidmatanPegawai Tadbir adalah seperti di Lampiran E manakala perubahan perbekalan KPSL ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir adalah seperti di Lampiran F.


5. Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat hendaklah menggunakan skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36.



TARIKH KUAT KUASA




28. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai



1 Januari 2010





tapi... bagi aku yg kerja ngan LHDNM...seperti biasa... kena bawa meeting board dulu... untuk kelulusan.... dan seperti biasa... benda ini akan berlarutan berbulan2... coz.... biasalah bila orang bawahan... pengalaman aku... masa masuk kerja tahun 2000.... hanya diberikan gaji permulaan kerani... bila aku buat permohonan.... dua tahun baru diluluskan... maknanya... tahun 2002 baru aku dapat gaji DIPLOMA.... (walaupun dpt tunggakan.. tp berzaman gak nak menunggu....) siap ada officer yg memerli... katanya... layakkah diploma dari POLITEKNIK.... dapat gaji diploma... cehhh.... ingat budak poli low class ka?????? padahal lulusan DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN dari POLITEKNIK mmg diiktiraf oleh KEMENTERIAN....


cuba kalau melibatkan pegawai... mesti cepat ja dorang proses... ini bila melibatkan orang bawahan... ada saja yang menghalang...manusia....

so... untuk kali ini... pun aku rasa mgkn benda yg sama akan terjadi... tp kalau pihak pengurusan baru ni... efisyen... mungkin akan cepat.... minta2lah....







bersyukur sangat... ALHAMDULLILLAH... dan hati aku... segembira senyuman dak syasya ni....minta2lah semuanya dapat berjalan dengar lancar... agar... pekeliling JPA ni digunapakai oleh opis aku LHDNM









nota AKU: cuti aku hari ini...menjadi gembira plak.. bila dengar perkhabaran ini.... alhamdulillah.... cerita ORKED di hari pertama sekolah... akan menyusul... cewah2...





Wednesday, December 30, 2009

2 dah 1 belum....



persiapan... tuk Orked ke TAHUN 1 semuanya dah settle... kecuali yuran... je..


baju pun dah... 5 pasang baju sekolah.. aku beli baju kurung satu je.. yg lain sumanya pinafore..

2 pasang kasut... habis dalam RM250...

so.. tinggal... nak dipakai je .... so teruja..

aku nak lihat anak dara aku pakai uniform sekolah....





dan tadi... dah settle... bab buku sekolah... dekat 2 jam gak aku kena beratur... huhuhhh

kedebuk kedabak.. habis dalam RM 245... tuk buku sekolah.. tp buku yg wajib hanya RM120 ja..

aku just include buku2 yang dicadangkan...

so.. aktiviti hari minggu.. membalut buku...

terus teringat zaman2 dedulu...

tp zaman aku dedulu.. semuanya buat sendiri.. huhuhhhh.....











nota AKU : besok... adalah hari PENDAFTARAN tuk TAHUN 1.... so... besok hingga hari Selasa aku cuti... walaupun aku tahu ORKED tak akan nangis.. tp saja ja.. nak lihat dia kat sekolah.. ok ke tak.... hehehe.... so... very teruja aku nak tunggu besok... :)
????



Thursday, December 24, 2009


APARTMENT UNTUK DIJUAL...



ok...kekawan.... aku berhajat....

nak let go... ini apartment...

maknanya... nak cari pembeli...

so... kepada sesiapa yang berminat....

bolehlah men-emelkan dekat aku...

eranazeera@gmail.com...


Apartment ni terletak di Sg.chua kajang...
sepadan bandar baru bangi... seksyen 7...


APARTMENT 15 TINGKAT....









TINGKAT 12, (mengadap view)
HAK MILIK KEKAL...
3 BILIK, 2 BILIK AIR...
DAPUR SIAP KABINET...
GRILL.. LAMPU N KIPAS...
ada swimming pool.. gim


KEMUDAHAN...ada

7e11..
cosway..
kedai makan, cina, mamak n melayu...
kedai runcit..
saloon...
car wash...
dobi..
pusat tuisyen...
pasaraya BINTANG...
dekat dengan LRaya SILK...



so... kalau ingin bertanya... boleh men-call aku di no 019-2733085...







nota AKU : ada plan baru lepas ni... wah....

Saturday, December 19, 2009



SYASYA KEMBALI... :)



Alhamdullillah... setelah 7 hari berada di wad....

tak bermaya..dicucuk.. diambil darah.... saban hari..

akhirnya.... semalam... syasya telah kembali...

wah... kembali melasak...

happy sangat tengok syasya dah kembali mcm biasa....

dah boleh bergurau... bergaduh ngan kakak dia...

dan yang paling tak tahan.... asyik minta nasi ja...

lapar ja setiap masa....



so... thanks kepada semua yang mendoakan syasya....

alhamdullillah.... ALLAH swt... memakbulkan doa kita semua...

toche to all my friendssssssssss...





aktiviti baru... masuk dalam beg... pastu suh kakak dia tolak... :)






nota AKU: tinggal besok ja... 2 dos antivirul lagi.... so... hari isnin...kena followup checkup...hope syasya recover sepenuhnya....

Thursday, December 17, 2009

TERKINI SYASYA...



alhamdullillah... syukur kepada ALLAH swt... kerana memakbulkan doa aku dan doa2 kalian semua agar syasya sembuh seperti biasa...

dan alhamdulillah.. syasya dah tak demam lagi... setakat pagi tadi suhu badan adalah normal...

lega aku... mmg lapang ja dada ini...

antibiotik pun dah cukup dos maknanya dah settle...

cuma skrg tinggal dos for antivirul ja... dos antivirul kena makan sbnyk 10 dos...

skrg dah 6 dos... maknanya tinggal lagi 4 dos...

so... kemungkinan besar hari ni dah boleh balik.... dan balance 4 dos lagi...

still kena bagi.. maknanya kena bagi masa kat rumah .....


habis ja semua dos... kena datang for check-up balik...

insyaallah.... penyakit influenza a... akan hilang.... coz...

setakat semalam... ujian menunjukan... perubahan yg ketara...

virus dalam badan syasya... dah kurang terlalu banyak .....


berbanding masa hari pertama admit....




so... kepada semua yg mendoakan syasya... jutaan terima kasih....

hanya Allah swt..ja yg dpt membalas jasa baik kalian...


thanks gak kepada semua yg datang melawat syasya....







Syasya... yg mula dah happy.... cergas... n lasak... semula.... happy for her... :)







nota AKU : waktu susah... lah kita akan tahu........... siapa kawan.... siapa lawan..... kawan senang...merata2.... kawan susah... mmg susah nak cari............

Tuesday, December 15, 2009


DOAKAN SYASYA - TERKINI...



result darah tuk H1N1.... adalah NEGATIF....

syukur ALHAMDULILLAH..... so skrang ni...

cuma kena pantau n bagi antivirul tuk influenza A...

doa aku agar.... cepatlah hilang influenza A... dari syasya...

tak sanggup nak nengok syasya dicucuk setiap hari...

sian dia.. meraung ja... suara pun dah serak2....

kekawan ............ doa2kanlah agar syasya cepat sembuh ya....














nota AKU : ......... terhutang budi pada kekawan cik tipah yang sanggup nak buat sembahyang hajat tuk syasya.... terharu sangat......... walaupun tidak kenal kuarga aku... tapi masih sanggup membantu........... hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik itu....... thanks tu cik tipah gak... coz tak putus2 bagi petua2 yang dapat ............ thanks deq...


Monday, December 14, 2009

DOAKAN SYASYA..


salam.. kekawan...

doakan syasya... moga cepat sembuh....

coz syasya dah Positif Influenza A... sedih hati aku bila doktor bagi tahu tadi..

terus air mata mengalir...

so start malam ni..... doktor dah mula bagi antivirul.....

so kepada semua yg baca blog aku... doakan tuk syasya yerk...









nota AKU :.............. sedih lagi sedih bila terpandang wajah syasya... tp aku kena kuat...... dugaan datang serentak.......... :(

Saturday, December 12, 2009

SESUATU ITU BUKAN LAGI MILIK AKU...



akhirnya kini pasti....bukan rezeki aku utk kali ini... redho dalam sedih...

kena DnC... dpt MC seminggu...... sedih sesedihnya... :(


hanya sempat... 6 minggu 4 hari sahaja.....


........... tp kehidupan masih kena diteruskan...

syasya masih perlukan perhatian.... coz demam still tinggi... tak da perubahan...






nota AKU : bak kata doktor tadi.. ada hikmah disebalik kejadian ini........... insyaallah.... akan ada rezeki di lain masa.....

SYASYA KENA TAHAN...







mmg teruk keadaan syasya kali ni...
demam yang berlarutan sehingga hari ke 5....
panas yang mencecah ke 40.... huhuhhhhhhhh...



badan syasya yang menjadi kering....mulut merekah2... hingga berdarah...
kedua2 kaki syasya membengkak hingga keras...
mmg sedih n takut yang amat..
lepas... doktor Xtray...... n amik darah...



sel darah putih meningkat tinggi... dalam 16.4...

dan keputusan Xtray .............. syasya dijangkiti penyakit NUEMONEA..(ntahlah betul ke tak aku eja...gasak jalah) dan ada jangkitan kuman pada paru-paru syasya....




so.... mau tidak mau mmg syasya kena tahan di wad tuk pemantauan yg sebetul2nya..
skrg.... berada di PUSAT PERUBATAN AZ ZAHRAH... BANDAR BARU BANGI...



hingga aku buat entry ni... panas syasya masih ditahap tinggi....38.9...
tak turun.... just turun masa selepas mandi ja... pas2... naik balik...


Ya ALLAH.... biarlah takda apa2 yang bahaya terjadi kat syasya...

sedihnya aku..

















nota AKU :............... sesuatu yang gembira itu... akhirnya bukan milik aku ......... hanya sementara dipinjamkan................ tapi aku REDHO.................. mungkin aku agak stress sejak akhir2 ini... kerana asyik berdukung dak syasya.... huhuhuhhhhhhhhhhhh :(

Thursday, December 10, 2009



SYASYA KENA LAGI...







masuk hari ni... dah 4 hari syasya diserang demam panas....
panas yg mmg sgt panas.... lg panas bila menjelang tengah malam...
semalam... bawa gi klinik kali ke 2... n doktor suh amik darah...
coz takut denggi...... dan kepanasan adalah 38.9....
tp result darah... tuk denggi.... nan ado(normal)... ok lah bila aku dengar...
tp doktor kata DARAH PUTIH pulak terlebih tinggi....
aku cam blurr2 ja... tp doktor bagi dua pilihan...
samada masuk wad or balik rumah pantau sendiri...
so aku pilih pilihan ke 2.... pantau sendiri dulu...
tp semalam... dalam kul 3.00 pagi centu...
panas syasya menjadi jadi... aku check dalam 39.9....
huhhhh panas giler tu... terus masuk ubat bontot.... n aku lapkan satu badan ngan air...
n aku letakkan tuala basah atas kepala.... n menjadi gaklah cara tu..

tp pagi tadi masa nak hantar ke rumah MAK ngasuh... panas menjadi balik...
huhuhhhhh.... n kali ni ruam2 merah keluar dgn lebih banyak... tp doktor cakap..
bkn campak... mungkin sbb terlalu panas........
sian dak syasya.... tp doktor dah pesan... kalau hari ni still panas....
kena datang n mungkin kena masuk wad ...................
kesimpulannya............
petang ni... kena bawa dak syasya sekali lagi ke klinik.........






nota AKU : minta2lah... takda benda yang serius yg jadi kat dak syasya ni... coz kalu sel darah putih terlalu tinggi... boleh menyebabkan penyakit yg agak berbahaya.... huhuhhh..... minta lah tak terjadi semua itu..........




Wednesday, December 9, 2009




LANGGAR LARI....



KURANG AJAR PUNYA MANUSIA!!!!!!!!!!!.....nah.. mmg aku geram....

hampehhh betul orang yang buat mcm ni kat kereta MyV aku....

dah langgar.... terus blah... macam tu je... tak tinggalkan nota ke apa ke....

dan... aku syak kereta aku dilanggar oleh Peserta kursus or pegawai G7 yang datang EXAM semalam... coz .... kejadian ni terjadinya semalam...


masa aku nak balik... sampai ja kat kereta.... terus aku nampak kesan langgar ni...

dan sebelah kereta aku mmg takda kereta lain dah..... cuma sebelah kanan aku ja ada kereta
member aku...




teruk kan... banyak tu......habis cat....



ni plak dari pandangan atas





so mmg tak salah tanggapan aku... coz semalam mmg ramai peserta kursus dan pegawai G7 yg datang Exam... mmg parking full... dan yang paling tak bleh tahan... mereka2 ini amatlah degil... coz parking tuk peserta or pelawat kat padang kawat... tapi still degil parking kat tempat staf.... dan...


kesudahannya... bila dah langgar kereta orang... tinggal mcm tu ja...


memang KURANG AJAR.... nama aja Pegawai.... tp hampehhh... punya perangai.... mmg bangang.... bodoh, mangkuk hayun n tak ada adap..... mmg tak selamat tuan punya kereta yang langgar kereta aku.................. (kang ada plak jinn notti ka... jinn aprit ka yg muncul marah2 plak.. tp ada aku kisah.... sbb... nama ja pegawai.. tapi bangang... )


so pagi tadi... aku telah melancar misi... mencari kereta yg langgar aku... tp enggak ada... bak kata kakak opis aku.. mesti tuan punya kereta ni parking kat tempat lain plak... mesti takut... tapi aku dah pesan kat polis bantuan suruh tengok kereta yang masuk or keluar... yang mana ada kesan geseran... aku suruh ambil plat kereta n nama.... aku nak tanya... heeeeee.... geram giler aku... mmg MANGKUK HAYUN betullah... manusia yg langar kereta aku ni.. tp kalau aku tak jumpa jugak... biarlah tuan punya kereta tu DAPAT BALASAN.....







nota AKU :....................... hari ini langgar kereta aku... blah mcm tu ja... nnt akan ada org langgar kereta dia plak... dah blah mcm tu... baru dia rasa... mcm mana aku rasa....

Tuesday, December 8, 2009


MENCUBA JANGAN TERLALU PERCAYA...



just... suka2 ja nak kongsi dengan korang...

kita hanya boleh mencuba.... tapi jangan terlalu taksub percaya dengan kaedah ini kerana... semuanya kuasa ALLAH swt....


so.. aku tadi dok mencari2 kat internet... terjumpa dua tiga kelender cina... panduan nak dpt baby girl or boy...


ada yang bila aku tgk... kelahiran yg lepas2... kebetulan sama... tp tuk kali ini...

dua2 ada jawapan yg berlainan....


satu kalender... aku akan dpt boy...

satu kalender lagi... aku akan dpt girl....


huhuhhhhhh... so kesimpulannya...berdoa bebanyak... agar apa yg aku harapkan menjadi kenyataan... dan of course aku amat mengharapkan bby boy..........


cara nak tau jantina baby .... seperti ini...



tarikh umur ibu (kita)... dan tengok bulan yg terakhir kita datang period (hari first day period)....


contohnya... macam aku... last period bulan OKTOBER... dan umur aku skrg adalah 30thn..



so dalam kalender ni.. maknanya aku akan dapat baby BOY... (kalau betul... ALHAMDULILLAH...syukur...)...








kalender 2.... plak... huhuhhhhhhh.....


aku dijangka dpt girl.....








tapi apa2 pun ... yang penting... baby itu sihat dan selamat menjengah dunia ini..... perempuan
atau lelaki aku terima dengan hati yang gembira dan syukur...







nota AKU : .......... kandungan aku dah masuk minggu ke 6... dan alhamdullillah aku tidak mengalami alahan yang teruk seperti dahulu.... hope sampai bersalinlah aku sihat....


Sunday, December 6, 2009



QASEH ZULAIQHA...


Qaseh Zulaiqha.. nama diberi...
Semoga sinar bahagia kekal abadi.......
nota AKU : ............................. :) ................................................

Monday, November 30, 2009


SINAR BARU.. PART 2



wah cam poyo ja kan... ada part bagai...

tp sbb...aku nak kongsi dengan korang suma... kegembiraan yang tak terucap ini...
terutama adik aku... IJaH.... dan suami.... kehadiran baby baru ini... amat bermakna
buat mereka berdua... setelah apa yang dilalui setahun lalu....

so nilah wajah2..... baby baru... .. yg telah memberi sinar kebahagiaan


LAHIR PADA 30 NOVEMBER 2009
5.10 PAGI
HOSPITAL AMPANG...
BERAT 3.03 KG...
nama masih dalam pertimbangan...
QASEH ZULAIKQA atau
SARAH
(kena tunggu jawapan dari ijah n suami)...

muka baby baru ni jugak ... macam Arwah Zulaikha jugak....




nota AKU : .................... tak terucap dengan kata-kata....................... syukur ALHAMDULLILLAH................
SINAR BARU...




ALHAMDULILLAH.....


IJAH (mamazulaikha) telah selamat melahirkan seorang cahayamata PEREMPUAN... (QASEH ZULAIKQA)


pada pagi tadi.... 5.10 pagi di Hospital Ampang....


moga cahayamata ini akan menjadi penyeri semula kehidupan ijah sekeluarga.....






nota AKU : .......... baru nak g tengok ijah n bby baru............. :)

Wednesday, November 25, 2009




SESUATU ITU............ TELAH MENJADI SESUATU....


ALHAMDULLILLAH.....


OGOS.......... 2010................


AKAN TERJAWAB SESUATU ITU...............







nota AKU: ................. alhamdullillah....... baru sebulan stop..... terus on..............

Tuesday, November 24, 2009



ADA SESUATU......



YG BELUM TENTU SESUATU ITU.......



NGEH NGEH NGEH.............. :)







nota AKU :................... biarlah sesuatu .......................... menjadi sesuatu ...............


Monday, November 23, 2009


BILA DAPAT INI...



Dak syasya ni ... amat gemar... kalu dapat durian...
mmg hantu durianlah...
kita yg tak teringin terus jd teringin kalau tengok
cara dia makan...............
kalau sebiji durian (yg kecil) sorang dia ja habis di pulunnya...



hmmmmmmmmmmmmm... sedap.......
nota AKU : tetiba teringin durian..............

Sunday, November 22, 2009


DIA DAH PANDAI...


akhirnya.. dah tak payah nak dipegang2 kalau nak main benda alah ni...
dulu... rasa cam leceh kalau nak bawa dak syasya ni... ke sini... sbb aku amatlah
malas nak pegang2 coz bebudak ramai yg nak main... so amatlah leceh kalu aku
nak kena pegang2...
tp... ari minggu bebaru ni... aku bawa kakak n syasya g alamanda...
semata2 bawa ke sini je... sebelah parkson ada playground.. so
lepas ja bebudak ni... happylah...
bukannya apa... kan bila petang je... asyik hujan.... so nak bagi hilang kebosanan
bebudak ni.. aku pun sanggup drive ke alamanda... semata2 nak bagi dorang happy
main kat sini...



dak syasya yg dah pandai main ... tak perlu pegang2



tp bila suh bergambo nilah aksi yg suka dia muka... geram tul....
nota AKU :............... Orked demam plak... panas dalam 38.5 ... dah demam otamatik sifat manja muncul... skit2 nangis... huhhhhh pening nak layan... sambil urut dada.... gitu...

Wednesday, November 18, 2009

NAFSU....



pening pening pening....
aku dalam minggu lepas n minggu ni ....
mmg dilanda satu tabiat or nafsu .... yg mmg aku takut selama ini.... huhuhhh...
nafsu makan aku amat menjadi2....


kredit to pckg


dan yang paling ketara bila pagi tadi aku nak pakai pant suit aku..
dah tak longgar cam selalu... udah ketat dong... huhuhhhhh.. tidaKKKKKKKKKKKK!!!!
terus aku tukar misi ari ni... pakai baju kurung je....
tp nafsu aku masih lagi kental....
sampai ja opis... dlm kul 7.30.... ketik kad dulu... terus aku berdezup ke kafe....
beli nasi lemak & nescafe ais..... terus NGAPPPPP ja.... tak pikir dah pasai baju yg tak muat tadi...




sedap kan.. mcm mana tak ngappp ja - kredit to pckg

tp lepas dah kenyang... keluar bunyi apa yg patut....
terus otak aku terfikir kembali.... kes baju yg tak muat tadi.... waaaaaaaaa.......
matilah aku.. udah gemuk....
kena pasang strategi balik ni... mcm mana nak bagi leh muat baju tadi...
tp... perut aku masih lagi suh isi....
tp..... kalu tak diisi............... lain plak jadinya.... huhuhhhhhhh....
stresssssssssssss ni....


APA YG AKU MAKAN SEMALAM :
7.30 pagi - popia goreng 2
9.00 pagi - nasi lemak n nes o ais
1.00 tgh - nasi n asam pedas (fuhhh sedap)
4.00 ptg - popia goreng lagi 2 + nes ais
6.00 ptg - roti n kaya 2 keping..
9.00 mlm - buah epal sebiji 1/2....
banyak kan aku makan.... tu la pasai apa baju aku udah ketat...... itu baru apa yg aku makan semalam.. lum lagi minggu lepas.... aduhh ...
ada gak member aku yg mmg terkezut tengok cara aku makan sejak dua menjak ni... cam org kebulur pun ya gak.. hehehe...



nota AKU : conpius tahap gaban.... :( adakah itu tanda2 yg aku nantikan... sbb tetiba nafsu makan sudah mari...

Monday, November 16, 2009



TAKUT.... TP MAHU....




NAK SESANGAT .......


TAPi...


TAKUT.... SESANGAT....


KALAU.....


MENGALAMI SIPTOM YANG SAMA...


TAPi....


AKU DAH BERHENTI.....


KALAU .....


ADA.....


ALHAMDULILLAH.....


SYUKUR PADA ALLAH....




gambar yg tiada kena mengena...





nota AKU :..... kekadang org yg tak mengalami lebih suka mengata kita memanjakan diri... walhal kita yang mengalami pun tak nak terjadi mcm tu... :p



Friday, November 13, 2009





LENA DIULIT INTAN....




disebabkan otak ini mmg dah tepu... tak tau nak berentry2 bagai...
so... aku amik pendekatan skali lagi.. membelek belek... CD gambar anak2 aku...
so... inilah yg terjadi...

JUMPA... gamba masa dalam pantang...

dak Syasya tengah tido... cam org besar cara tido syasya ni..

best ja.. rilex ja bila nengok...

jom.... see the gamba....




rilex je... sbb tak di bendung.... lega kot... tu tgn nah..


ni plak.. mcm org ada masalah .... hehehe



ni pun sama....





dan yg ni plak.. cam happy je tido dak syasya ni...



dan yg ni yg paling aku suka... cam org tua2 gaya tido dak syasya ni...








nota AKU : oh.... aku juga skrg ni... seperti dak syasya...bila balik dri keja n malam... mmg asyik nak membuta ja.... entahlah... mungkin penat asyik overtime... kot.... hehehe... tp overtime untuk masa depan... di hari tua.... +k.....ga.... hikhikss... 8-D

Sunday, November 8, 2009




BILA DAH TAK FAHAM BAHASA..!!!!!!!!!!!!




tajuk aku... mmg agak geram.... skit... n kasar...

bukannya apa... geram dengan gelagat org yang tak paham bahasa...

kejadian jadi masa hari sabtu.. 7.11 baru ni...

masa konvo Orked...

yelah... tak dinafikan... semua parents teruja tengok anak2 buat persembahan...

dan teruja nak ambil gambar masa anak2 tengah perform....

tp... walaupun teruja... kenalah jugak pikir.... orang lain yg datang...

dengan tujuan yang sama... nak tengok anak2 mereka juga buat persembahan....

yang aku geram... MAK PAK yang suka datang depan... n BLOCKING
orang yang duduk kat belakang... dok bagi orang belakang tgk BONTOT dorang ja.

huhhhhhh mmg hampeh... gila...

pihak tadika dah buat pengumuman.... minta kerjasama MAK PAK yg tak paham BAHASA ni

jgn datang bahagian tengah depan... agar tak BLOCKING yang lain... tp

MAK PAK ni mmg dasar tak paham BAHASA n
PENTINGKAN diri sendiri...

still dtg depan ... n ambil gamba...

bagi aku... kalu dah ambil dua tiga keping tu BLAH jelah...

ni tak.. still dok berdiri kat tengah2 tu... kalu nak gak ambil gambar... gilah berdiri bahagian

tepi2 dewan... ishhhhh............. geram gila aku time tu...

rasanya.... 3 kali kak pihak tadika dok buat pengumuman benda yg sama...

n pihak tadika jugak dah ckp yg CD tuk majlis konvo ni akan diberikan n of course kena bayar la...



tp MAK PAK yg tak paham bahasa ni... (mungkin kedekut kot..) ttp
berdegil...

aku.... ambil pendekatan ... duduk n ambil gamba yg mana bleh je... selebihnya... tengoklah

BONTOT MAK PAK yg tak PAHAM BAHASA ni....

dan yang paling aku kesian... nenek sebelah aku... datang nak nengok cucu... tp tak kesampaian coz... di BLOCKING oleh MAK PAK yang tak PAHAM BAHASA ni... (udahlah nenek ni jln pun kena pimpin... ) ishhhh kesian aku nengok...


nenek ni siap bersungut kat aku.. katanya... baik tak datang... n nengok CD ja... kalu datang pun tak dapat lihat.... memang sadissss... la bila aku dengar....


kalau lah korang... apa rasa... GERAM tak.. p SOUND tak MAK PAK yang TAK
PAHAM BAHASA ni... ???????????






masa ni ORKED pun tengah buat persembahan... orked yg baju HIJAU tu... jadi katak... aku dpt tengok dari jauh je... frust sangat.... n GERAM giler










see... cuba lihat tiga orang POMPUAN yg tak PAHAM BAHASA...

bknya amik gambar pun.. tp just berdiri... nak tengok... memang PENTINGKAN DIRI

SENDIRI.... dan cuba lihat yg hujung yg dukong anak tu.. POMPUAN tu setiap kali

persembahan mesti lari ke depan bawa anak... coz nak tengok anak dia... INGAT anak DIA

sorang ja ka yg BUAT PERSEMBAHAN... hisshhhh MEMANG SELFJAWS.... sungguh....








taulah bawa kamera yg canggih2... ala2 jurukamera profesional... tp kenalah pikir orang lain

gak.... aku tak tahulah... dorang ni ...... aku duduk barisan ke 5 pun dah tak nampak...

cuba korang bayangkan orang yg duduk lagi belakang dari aku... dorang NAMPAK ke TAK ???





so kepada yang bakal anak2 akan buat persembahan nanti2... janganlah buat AKSI mcm ni...FIKIR2lah orang lain jugak... kalu mmg nak ambik guna kamera sendiri... carilah tempat yg tidak akan memBLOCKING orang lain... semua orang nak lihat ANAK MASING2 kan...









nota AKU: aku rasa MAK PAK yang TAK PAHAM BAHASA ni... semuanya educated punya orang.. dah keja besar2... kot... sbb kamera pun canggih2 belaka... tp sayang OTAK TAK DAK.......




ORKED DAH KONVO.... @ GRAND IHTIFAL...

wah wah wah... tajuk mcm Konvo dpt degree gitu...
padahal... baru je abis TADIKA....
apa2 pun... aku bersyukur coz hanta Orked kat tadika LITTLE CALIPHS ni..
mmg memberi satu perkembangan yg amat besar kat anak aku...
Orked dpt membaca dengan lancar BM/BI...
Orked boleh menghafal doa2 yang kekadang tu kita parents pun kurang arif... ehehe
Orked dah boleh matematik... +, -...
Orked dah pandai sembahyang... dan boleh baca apa yg patut masa sembahyang

dan yang paling aku gembira...
Orked terpilih masuk kelas Tahfis (betul ke eja ni)... dari awal tahun ari tu...
kiranya... bagi kelas 6thn seramai 30 org... Orked antara yg terpilih (11 org)...
aku amat2 gembira... dan yg paling penting...
biarlah lepas ni Orked masih lagi terus seperti ini...
so....

SYUKUR......ALHAMDULILLAH....

jom...layan gambar ORKED KONVO (grand ihtifal)
TARIKH : 7 NOVEMBER 2009
TEMPAT : DEWAN BESAR INSTITUT PERTANIAN SERDANG....
GRAND IFTIFAL 2009 - LITTLE CALIPHS...

1) LITTLE CALIPHS - BANDAR BARU BANGI
2) LITTLE CALIPHS - SERI SERDANG
3) LITTLE CALIPHS - BANDAR SERI PUTRA
4) LITTLE CALIPHS - PUNCAK JALIL..


dah macam dpt dip or deg. dah... cover dia pun sama mcm cover dip aku ja...hehehe






pengetua dan students berjalan masuk ke dewan... sama mcm aku kat ppd dulu ja... hikhikss...



beratur tunggu turn....




turn Orked dah sampai... siap ada slide gamba lagi... cayalah...


teacher zaleha - pengetua (masa ni teacher dah tak pakai jubah... rugi)


bersama Teache Pakcik (gelaran yg dorang kasi).. teacher pakcik ni mengajar hafazan tuk kelas orked.... (suami pengetua tdi)



Orked tiga dari kiri (hadapan).. tengah membaca surah Al-Baiyinah(entah tul tak aku eja)...
dalam 30 org student orked terpilih untuk membaca masa majlis itu....


persembahan lagu anak soleh... Orked hujung kanan belakang...

persembahan I see ALLAH everywhere... Orked yg kaler hijau... jadi katak....
gambar2 persembahan semuanya jauh2 n blur coz aku dilindungi oleh MAK PAK yang tak paham bahasa yg datang kat tengah2 bahagian dpan... dan blocking orang belakang....


nota AKU : happy nengok ORKED dah lepas FASA 1..... tunggu FASA 2 plak... tahun depan... di SEK. REN. KEBANGSAAN SEKSYEN7, BANDAR BARU BANGI.... hope perkembangan bertambah maju...