nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Sunday, January 30, 2011

KMC

Pagi2 hari ni aktiviti utama adalah bw ayah aku checkup. Hope lps ni sembuhlah.

Sian sgt aku nengok ayah aku skrg ni. Mula2 just sakit mata ja. Lepas titik ubat mata yg klinik biasa 2 kasi, terus membengkak dengan jayanya. Smpi mata pun jd halusssssss sgt.

Rupanya ubat yg klinik 2 kasi adalah salah ubat. Siotttttt ja. So pakar kat kmc ni suh stop amik ubat 2. Hope ubat yg pakar ni kasi akan ok. Silap2 boleh buta mata ayah aku kalu tak jumpa pakar hari ni. Sbb ubat 2 mmg tak sesuai.


So lepas asar mau gerak balik ke bangi.




Nota AKU : sedih tgk keadaan ayah aku :(






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 29, 2011

BALIK KAMPuNG Terkezut TErkezat

Plan patutnya hari rabu ni baru blk kedah. Tp smlm dpt call dr mak aku ckp yg ayah aku kurang sihat dan nmpk agak lain sgt.

So x sdp hati terus aku ajak ijah blk. Aku blk dgn anak2 dan adik2 aku. Peyut xblk sbb besok dah aku nnak blk kl, pas2 rabu baru blk kedah lagi dgn peyut plak.

Ni sbb aku nak tgk ayah aku mcm mana. Risau selagi xblk.


Drive sorang dr bangi ke kedah. Mengantuk gila babas smp terlelap 3 jam kat gurun. Hehee padahal dkt dah nak smpi.

Tp xpa yg penting suma selamat.









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 27, 2011

Menu diet? Ye ker?

Hehee malas nak mkn nasi so just makan ni ja. Tp bkn tuk sorang makan, tp tuk 2 org makan.

Jauh 2 mkn, kat mines. Hheheee ngular perabis duit bonus.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 26, 2011

KUAR DARI KEPALA????

 

tadi.. masa dalam kereta…otw balik amik dak orked dari sekolah….

satu… soklan yang terpancul dari mulut dak orked… dan… buatkan aku tergelak2 dengar…. hehee…

soklan dak orked :

'”Umi.. darah haid kuar dari kepala kan?”..

terkejut aku dgr.. bila aku tanya.. kenapa dari kepala… jawab orked…

“kan ke haid (head) tu kepala.. jadi darah tu kuar kot kepala la kan”….

ahaha… rupanya.. sbb bila ustazah dia sebut haid bunyi mcm head.. so..diingat kuar kot kepala…. so.. aku terdiam sejenak..ewah… yo yo o..ja kan… dok pikir…jawapan yang paling sesuai nak bagi..

so.. lepas dah aku terang dengan jelas kat dia.. baru orked OOOOOO dengan panjangnya… kiranya pahamlah tu….

rupanya..hari ni.. topik yg ustazah orked ajar..bab haid.. pastu bab kematangan seorang lelaki… sbb dak orked siap ckp..

“UMI.. org lelaki tak dtg haid tau..tp dorang akan mimpi… pastu baru dorang matang… pastu.. tu sbb org perempuan matang dulu..sbb dia datang haid dulu….” tp org lelaki mimpi apa umi.. kakak nak tahu jugak.. ustazah tak ckp pun dorang mimpi apa… hahaha… lawaklah orked nih….

so…. mulai skrg aku kenalah bersedia dengan jawapan2 yang bernas sbb orked dah mula bertanyakan soklan2 cepu mas… hehe…

SAMSUNG

 

 

nota AKU : anak aku udah BESAR…. :D

MENYOPING

Hari ni lunch hour aktiviti aku adalah soping sempena hari gaji kan. Dan diupkan lagi dpt bonus setengah bulan bg tahun 2009, bkn 2010 yerk. Sadiskan 2009 punya baru dpt.

Tp yg benarnya ni adalah tambahan lagi dr yg dah dpt sebelum nih. Heheee. Kira rejekiiiiiiii lhdnm. Yg 2010 lum dpt lg nih.

So berbalik soping aku td, bkn soping tuk aku, tp tuk dak orked. Aku beli alat2 tulis tuk standby kat umah. Kalu tetiba dia ckp xda sng xyah beli dah. Sbb dak orked ni, brg tak penah tahan lama. Mmg manjang hilang. Huhuhhh

So, alang2 ada lebih beli ja dulu. Tuk anak belajar takpa kan kan kan.




Nota Aku : pala otak byk kuar idea nak beli brg walhal setengah bulan ja. Heheee


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile
.

Tuesday, January 25, 2011

Dapat jugak

Toche en peyut sbb izinkan binimu tukau tipon pakai lampu suluh ni. Heheee

So skrg dgn otomatik jdlah geng sarap yg dok senyum sesorang kat meja. Heheeeee.

dak orked yg dah tak bergigi 2 dii dpn. Asyik tanya ja bila gigi nak tumbuh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MengTesttttt.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 24, 2011

MOOD : BERSALAH + SEDIH

pagi2 ni.. datang opis...terus hati rasa sayu, sedih, bersalah semua ada...

bkn apa.. semua tu..aku rasa sbb smlm aku terlebih terover marah dak orked...huhuhhh..

kan..bila tengah marah.. bkn nak hengattt dunia ..... bila dah lepas...rasa bersalah..tu datang...

kesian plak mengenangkan dak orked yg kena marah ngan aku smlm....

hmmmmmmmm.....

tapi takpa... setiap pagi.. bila aku hantar dak orked ke sekolah.. dalam kereta mesti aku akan cakap.... kat dia .... yang selama ni..kalau aku marah... sbb aku sayangkan dia..nak dia jadi kakak yang baik, anak yg baik..pandai... bla bla bla bla..... so.. bila aku ckp mcm tu.. dak orked ni hangguk2 ja.. pastu dia pun ckp..kakak pun sayang umi...hehe...


tp.. ntahlah...hari ni perasaan aku lain bebenor... tak tau kenapa.... tapi takpa..karang kul 11.00 pagi nak tipon dia jap... selagi tak dpt cakap ngan dia..rasa tak sedap sgt.... oh oh oh.. mcm poyo poyo plak..tp mmg betul perasaan aku skrg ni..amat2lah sedih mengenangkan dak orked...
mgkn sbb smlm aku nengok dak orked tertido sambil menangis kot... huhuhhhh


hmmmmmmm....





nota AKU :........ terlebih garang... sbb bendera merah nak muncul kot...hehee..

Saturday, January 22, 2011

Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?

 

entry ni aku petik dari blog ustaz ZAHARUDDIN…. so…. sesapa yang nak baca blehla klik kat link ustaz ni.. byk gak..topik2 yang menarik tuk kita berkongsi ilmu….

________________________________________________________________

 

Upah Dari Google Adsense &

Nuffnang : Haruskah?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

advert2.jpg

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
  • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
  • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

  • Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
  • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

  • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian

________________________________________________________________

aku copy bulat2..dari blog ustaz ni… so.. jgn ada yang melenting kat aku kalau tak puas hati dan tidak menyetujuinya…yerk..sbb.. soklan tu pun bkn dari aku..dari org lain..just utk berkongsi….

 

 

 

nota AKU :….. aku lum cashkan lagi duit nuffnang..sbb ciput ja..pun..hehe..tp tak rasa pun nak cash..sbb nuffnang tu.. just aku nak nengok org kuar masuk blog aku ja… heheeeeeeee… :D

Thursday, January 20, 2011

PUTIH … :D

 

 

Photo1253

 

peyut udah tukar…. sportrim MYvi … kali nih…. pilihan adalah putih…

so kena..ngan kaler kuning nih…. aku suka…sbb kaler putih mmg idaman

aku dari masa pakai satria lagi…heee…

akhirnya… tercapai gak mau nengok kereta aku.. bersportrim putih…

nota AKU :… i like…..

Wednesday, January 19, 2011

NEW YORK ... JOM..

semalam... dengan tak semena mena... tetiba... dak orked bersuara...

orked : "UMI, NANTI CUTI SEKOLAH.. KITA PERGI NEW YORK BOLEH... KAKAK TERINGIN NAK GI SANA"...

hahaha.. terkezut..lagi terkedu aku dengar....

amboi2 kakak.. bukan main lagi ko yerk.. sekali NEW YORK yang direquest....
melancong dalam Malaysia pun belum habis lagi nak oi.. ini kan nak gi NEW YORK...

so.. ni jawapan aku....

"BOLEH.. TAPI KAKAK KENA BELAJAR PANDAI2... PASTU MASUK UNIVERSITI KAT SANA.... " HA.. MASA TU... KAKAK DAH BOLEH JALAN2 KAT NEW YORK.."

hhehee.. ok tak jawapan aku.....

ingatkan habis kat situ ... sekali ditanya lagi....

" TP TU KAN LAMBAT LAGI... BYK TAHUN LAGI KAKAK KENA TUNGGU.... UMI KAN KERJA..ABAH PUN KERJA..ABAHKAN BANYAK DUIT.. (hehee.. amboi2... bkn main lagi ckp abah byk duit...) UMI SIMPANLAH DUIT UMI... NANTI DUIT SEKOLAH KAKAK..KAKAK SIMPAN PASTU BILA DAH BANYAK KITA PERGILAH NEW YORK.... boleh ???


hahaha.a..... lawak lawak..anak aku sorang nih...... dia ingat nak gi NY ni mcm nak balik kedah or terengganu kot....

so..tuk menyedapkan hati dia... aku pun... kasi jawapan yg dia terus senyum lebar...

"OKLAH.. KALAU MCM TU..KITA SAMA2 SIMPAN DUIT YERK... UMI SIMPAN DUIT UMI...KAKAK SIMPAN DUIT KAKAK.. KITA KUMPUL BAGI BYK2.... DAH BANYAK NANTI KITA PERGI OK... TP.. DENGAN SYARAT... KAKAK KENA BELAJAR PANDAI2... PERIKSA KENA BAGUS..... KALAU TAK... TAK DPT NAK PERGI NEW YORK... OK....


terus dak orked senyum.... dah... tak tanya apa dah....

haru jugak anak aku sorang ni.... ntah mana dia dpt tau pasal new york pun aku tak tau.. tp aku rasa ni mesti gara2 ada kawan dia yg melancong OBERSI kot....tu yg teringin nak pegi tu...







nota AKU : perancangan mmg dah buat ngan peyut..tapi tak taulah bila.... mau bawa dorang cuti2 oberthesea juga.. tp idaklah.. sampai new york.. smpi ke negara serumpun ja..hehee... hope.. akan jadi jugak perancangan itu... :D

Tuesday, January 18, 2011

TUKAR GANTI...

bulan..dpn... dpt bos baru lagi....

bos skrg.. kena pindah ke Jabatan Inspektorat kat HQ.. plak..

makanya.... nanti bos baru nih.. adalah bos yg ke 7 aku...

sbb tahun nih dah 11 tahun aku kerja kat sini kan..

bos ja yg bertukar.... PA tak bertukar pun...

dulu.. tahun 2008.. ada gak aku minta kuar.. tapi tak diluluskan...
alasan... sbb.... hmmmmmmmm.... susah nak cari ganti mcm aku..hahaha...
eh eh.. tp bknlah ayat mcm tu yg kuar... tp mcm leceh kot nak letak org baru...
camtulah...


padahal.. aku nilah PA yang on the dot..balik... nahi nahi.. mau tunggu lelama kat opis..

kecuali atas arahan bos n kerja yg mmg urgent..kalu tak... 5 tepat ....aku cabuttttttttt....


so... ber BOS barulah aku bulan dpn... sib baik smpt bos nih nilai prestasi aku....hehe...

... siapalah bos baru aku nih... jgn dia suh aku stay lelamat kat opis udah ler.....
sbb.. petang2...kerja aku adalah padat..mau amik dua org anak..satu kat rumah pengasuh.. dan satu lagi kat sekolah..huhhhhh... kalu kena balik lmbt.. masaklahhhhh aku.....




nota AKU :..... rasa mcm nak isi borang tukar la..sbb ada kekosongan PA kat cyberjaya..yg akan dibuka tahun nih.... kena pikir risiko jauh dri rumah.. nih....

Monday, January 17, 2011

JATUH CINTA SUDAH!!!

aduh..duh duh duhhhhh....
sudah jatuh cinta nihhhhh.....
lagi jatuh cinta..bila lihat... n pegang2 sendiri...
try2 test apa yang patut...
fuhhhh besttttttttt....


tp tu la kan... mana mau campak yg sedia ada...
nak di let go... syg pun ya gak..sbb yang ada skrg nihh pun best gak..
tp... bila tgk yg ni.. bleh tolak2 atas... fuhhhh


aku dah try kat mines last week.... aduhhh best plak rasanya.... kebetulan kalu aku mau trade ini tipon aku yg skrg ni... kiranya.. aku kena tmbh.. tak lebih 1.5 ja... hmmmm tp hati masih berbelah bagi.... takpa2...masa masih panjang... hehee... ayat sejuk hati sendiri...


skrg... ni yg aku guna.... dan tak dinafikan..mmg best samsung nih.... cuma ialah.. nafsu kan... kan...kan...sambil mata jeling2 kat peyut...hehee


isshhh.. camno nih......
nota AKU :... sadis sadis sadis....

Wednesday, January 12, 2011

NYARIS INGAT DAH KENA CULIK!!!!



aduhhhh... sampai skrg... jantung aku masih dup dap dup dap lagi....
ni semua penangan dak orked lah...

coz tadi... dekat2 kul 1.00tgh ... tetiba aku dapat call dari no.nih... 0133528362..
so.. lepas2 angkat tu..dgr bunyi bising2... pastu dengar plak suara kat talian tu..


eh eh eh... mcm kenal..mcm suara anak aku orked....sekali betul....

"UMI.. NI KAKAK NIH..."

so bila aku tanya.. kat mana.. dak orked jawab..kat sekolah... pastu elok ja dak orked baru ckp...

"UMI NANTI KAN UMI...." terus terputus.....
hadusssss... terus aku gelabah.... terus call... tp enggak dijawab dah ....

lagilah aku... gelabah.. biar betul.... dak orked nih pakai tipon sapa???.... pastu.. yg aku heran... mcm mana plak dak orked tahu no.fon aku.. (tp mungkin kot dia simpan or dah hafal kan..)...

pastu.. otak dah dok pikir benda pelik2... kena culik kah anak aku nih???... dah rasa nak nangis dah ni masa nih...

apa lagi.. tipon peyut..story dulu..pastu tanya.. apa nak buat..call cikgu ka?.. p ja sekolah ka?... so... dah bincang2..amik keputusan g je terjah sekolah....
sambil bawa kereta... hati jgn ckplah.... mcm2 pikir.. doa minta jgnlah anak aku kena culik..huhhhh...bawak keta pun dah dkt 140... aku tkn minyak.. udah la naik myvi..rasa mcm mau melambung dah.. tp time tuh dah tak pikir dah... anak punya pasal....

dan alhamdullillah.... selamat anak dara aku sorang nih.... rupanya dia guna public fon kat dpn sekolah dia... dan tak sangka plak public fon skrg nih kuar nombor mcm handphone... haisshhhhhh

dan tujuan dia nak suh aku hantar baju pendidikan jasmani.. dia lupa nak bawa...

haihhhhh..... kakak kakak... mau sakit jantung tau umi mcm nih....


tp yg pasti.. aku bersyukur... anak aku selamat.... kalau jadi apa2 yg tak elok.. mau meroyan aku..... sedih hoooooooooo... anak la katakan.. nyawa aku tu...






nota AKU :......... dup dap dup dap ja jantung ni..umpama berlari pecut 100 meter.... :(


NILAI

hari nih... settle.. mengutip ... setelah beberapa kali telah meremind... dan segala me me lah..

biasalah.. dah masuk tahun baru.. makanya.... datanglah..minggu
mengisi Borang Prestasi tuk tahun lepas....

dan seperti biasa walaupun dah kasi tarikh tuk last hantar borang...
ttp ada yg hantar lewat gak... kalau dah mcm tu... ttp kena tunggu yg lewat tu gak...

dan seperti biasa... dah nama pun PA.. kenalah check2 dulu... sama da borang tu betul ke tak dorang isi.... lepas tu..kena hantar kat admin tuk pengesahan.. lepas tu baru aku kena hantar kat penilai pertama dulu..n last skali penilai kedua...yakni Bos akulah... cuma aku ja... direct terus ke bos...no no penilai pertama bagai.... lega disitu...hehe...


tp... kekadang aku muskil lah.. kenapa ada gak maknosia ni... yg bila tang buat kerja takmoh buat.... tapi bila tang isi borang prestasi.... kerja yang tak dibuat pun diletakkan jugak....

haihhhhh... awatlah jadi mcm tu... kesian org yang bertungkus lumus buat kerja tu.. tp dia pulak yg sibuk masuk dalam prestasi dia...

ish ish ish..sungguh tak patut.. tp aku idaklah report ke bos.. gasaklah ko... tu semua ko sendiri yg kena jawab... kalau ko dpt cemerlang tp dengan hasil kerja org lain... ko lah tanggung dosa pahalanya.....

udahlah.. kerja yg ko claim ko buat tu... bknya mudah... aku kesian kat sekretariat yg buat tu... bertungkus lumus.. renyah lagi.... pastu udahlah melibatkan... peserta luar negara.. bknnya senang..... tp tup tup.. bleh plak ko claim ko yg buat kerja tu.... ish ish.... gamak jugak..umur ja udah 50 lebih.. tapi otak tarak...... tamak2..asyik mau bos puji bagussssss memanjang...


kalau ikut hati..mmg geram... tp... lantaklah.. kang kita merepot org ckp dengki plak..padahal aku kesian sgt kat sekretariat yg buat tu....


moga2 kebenaran akan terjawab gak.... kan kan.. kekadang org macam ni... mula2 mmg senangggggggggggg ja hidup dia...lelama tu.. baru dia tau.. dunia ini adalah bulat.... noktah... titik......








nota AKU :..... nak cemerlang kenalah kerja betul2... contohilah aku hehee.. 5 tpt udah balik..gasaklah org nak kata aku PA yg suka balik awal... janji bos tau... kalau bos suh stay baru aku stay.. kalau ada kerja betul2 urgent baru aku stay lama skit... kalu tak.. buat apa.. nak tercongok nak tunggu bos balik..pastu claim sumbangan masa..padahal kerja tarak...hahaa... tu kategori jujur lagi ikhlas or.. hanya nak menunjuk rajin...pikir2lah....

Tuesday, January 11, 2011

DAH RUPA DOK DLM AKUARIUM!!

ish ish ish... aku kureng sukaaa la.. bila dorang pegi frosted cermin2 kat bilik aku nih..
bkn apa... aku udah tak nampak dunia luar... cewahhhh..yo yo o ja kan...
maksudnya...bila dah frosted nih...mmg yg dlm xnampak yg luar.. yg luar lagilah.. tak nmpk yang dalam.. ha.... mcm tu lah kekdahnya....yg dah jadi kat bilik aku nih...
aku lebih suka yg dulu... cermin aku clear..terang benderang... leh nmpk dunia luar...
walupun kekadang aku nmpk gak.. hantu dok zup zap zup zap kat dpn bilik discussion yg mmg jarang ada org tu.. tp gasaklah.. janji ko tak kacau aku... or tunjuk muka kat aku..
selagi ko nak zup zap zup zap... suka hatilah... wah..berani plak...

so.. mmg dah rasa mcm aku dok dalam akuarium lagi... kalau aku bkk pintu baru rasa lapang skit dada... tp aku tak bleh bukak pintu.. sbb kalau aku bkk pintu.. alamatnya...beku lah aku..dlm bilik nih..sbb aircond gilaaa kuat... tu yg aku suka tutup pintu tu...


walupun... ada2 gak lah..yg dengki2 kutuk2 ckp kekonon..eksennn tutup pintu... tp apa aku peduli.... bilik aku... bos pun tak marah... sbb dia pun tau..mmg sejuk gilaaaaa.....


so.. lantaklah..yg nak dengki2 tuh... kalo rasa nak ada bilik...ha... jadi PA ..merasalah ko dok dlam bilik mcm akuarium nih...hehee


so.. lihatlah... bilik aku yg ala2 akuarium nih.... tak sukeerrrrrrrrrnya...



bahagian tepi...

bahagian depan meja aku....


dorang just buat 2 line ja....
dari luar bilik aku... kiranya.. nmpk skit ja aku kat dlm tu..
nota AKU : aku dikurung...

KANAK-KANAK 3TAHUN MATI DIDERA!!

sedih baca paper hari ni.... kanak2 seusia muda 3 tahun mati didera oleh ibu tiri..


kakak arwah menangis2 sehingga pengsan melihat mayat adiknya... bukan takat arwah sahaja.. adik arwah yang berusia setahun juga didera...dan skrg dirawat di hospital..

dari laporan akhbar UTUSAN, kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya dan organ dalaman arwah rosak teruk dan berdarah.

Ya ALLAH... macam manalah rasa arwah saat didera... 3 tahun lebih kurang umur dak syasya... sedihnya... kalau dah tak sanggup bela anak tiri tu.. bagi je kat ibu kandung balik.. kenapa perlu mendera sampai mati....


AL FATIHAH untuk Arwah Adik Nordiana Qistina...









nota AKU : anak-anak adalah ANUGERAH yang tak ternilai.... walaupun selasak, senakal mana anak anak kita... tetap kita kena jaga dengan sebaik-baiknya... kalau dah anugerah tu diambil balik... menyesal pun tiada gunanya....


Monday, January 10, 2011

DALAM SANGKAR YG JADI PILIHAN!!!!

 

sesuatu yg tak disangka2….

yg menyanyi dalam sangkar jugak yg juri pilih…

coi sungguh….

sungguh tak sesuai…

patutnya… faizal tahir or black yg menang…

tp sib baik black menang ngan MUH…..

pada bagi kat penyanyi dalam sangkar or kandang tu… baik bagi kat yuna…

sempoi gak… persembahan dia malam nih..

aduhyaiiiii…juri yg dipilih otai… tapi last2 keputusan dah mcm PETAI…kekdahnya…

penatnya tunggu..sib baik..aku xngadap 24jam kat tv..aku still main cityville aku..

kira tak rugi gak…

so… AJL tahun nih… keputusan cam HAREMMMMMMMMMMM… ja…

vokal terbaik pun dah mmg xsesuai…

nota AKU : issh222…. rugi rugi…

Sunday, January 9, 2011

SIAPA YG MENANG???/

 

mlm ni… AJL 25 akan bersiaran…

mesti pakat2 dok depan tv…kan kan….

 

AJL25

so.. rasa2 sapalah yg akan menang…

bagi aku… ada tiga pilihan…

1. faizal tahir

2. black dan black dgn muh..

3. yuna…

 

sbb.. sora dorang mmg mantap…. yang lain2 pun aku rasa…mantap gak…

stacy pun aku suka… paling suka tgk dia menari..fuhhhhh..mmg sempoilah…

adira pun..aku suka gak..sbb lagu adira tu..mmg aku suka dengar..best ja…

so..kiranya… malam ni mcm sengit ja.. persaingan… tp teka2…ramalan2 pun..

yg pasti..JURI adalah penentu…

so..juri2… sila buat pilihan yang terbaik dari yg terbaik…

Muzik-Muzik separuh Akhir

SELAMAT MENONTON…

NOTA AKU :… mlm ni..menonton smbil menggosok… barulah…mata ni bertahan sampai ke acara kemuncak…kalau tak.. aku mesti terlepas acara kemuncak…sbb mata dah lama hanyuttttttttttttttttttt….hehee

Saturday, January 8, 2011

TEGAR !!!!

 

ish ish.. nak masuk seminggu gak aku tak update yerk..

last update… masa tengah2 berseronok bercuti cutian… dirumah….

dah start kerja…. terus…. haremmmmmmmm nak berupdate…

kebetulan kerja adalah menimbun walaupun bos enggak ada di kantor….

bos bermeeting-meetingan luar pejabat…

tapi aku still xbleh hoyer hoyer gak….

tu la akibat bila gatal mau cuti lama2…. gasaklah sendiri tanggung…

tp… smlm.. settle gak kerja2 yg tertangguh.. walupun ada lagi  surat/memo  yg  udah siap.. tapi belum diprintkan lagi… sbb alasanya.. malas…hahaha.. boleh ka.. lagu tu.. bleh tak bleh pun dah buat kan… sbb utama… bos enggak ada.. kalau print pun tak bersign gak..ahahaha… betuahkan dpt PA lagu ni….

ok ok.. berbalik tajuk tegar tu…

sbnrnya.. time nak beli benda alah nih… alasan yg munasabah aku kasi..

adalah mau jadi blogger tegar konsepnya… kekonon.. senang nak usung kamera…

hahaha… ada ja kan alasan ….

so… kira alasan yg aku kasi mcm leh terima lah…. tp… entahlah.. bleh jadi tegar ke tak pun tak tau.. sbb… mood malas nak berblog selalu dtg…. dan dunia blog kekadang boleh mendatangkan kemudaratan..hahaha… poyo poyo…

ok.ok.. meh aku tunjuk skit… benda apa yg aku beria2 nak beli..kekonon… tuk menjadi tegar… kekonon nak letak kamera aku..yg aku rasa sempoi lagi best tertarik lagi debommmmm….

 

Photo1149

wristlet ni lah… aku nengok cumil ja.. pastu.. bila di acu2kan kamera aku.. eh eh .. muatla .. n byk lagi space… so leh muat tipon plak..hahaha.. so..mmg bergunalah…

 Photo1150

kalau ada perhimpunan ka… apa2 yg sewaktu dgnnya..senang.. letak tipon…kunci bilik… tak payah nak pegang2 lagi..kan kan …

Photo1152

see… besarkan..dlm wristlet nih.. kiranya.. lepas letak kamera pun.. masih byk ruang2 kat dlm tu..leh letak tipon lagi..kunci bilik pun bleh…hehe…

 

so.. adakah.. aku akan menjadi tegar.. snap sana.. snap sini..hahaha….

ntahlah… mcm susah ja… tp apa2pun… wristlet itu telah menjadi milik aku… hahaa… aku suker suker…..

nota AKU :….. tersenyum.. tergelak… dan ter ter sewaktu dgnya….

Tuesday, January 4, 2011

MOOD NAK P KERJA TAK MAI…HUHUHHHH

 

aduhhh.. nilah penangan kalau dah cuti lelama…

kiranya…aku start cuti dari hari rabu last week sampailah hari nih….

dikira2 …. 7 hari aku dok rumah….

woooooo best plak rasanya.. dok rumah nih…..

jadi house wife…pun mcm menyeronokan.. tp tak taulah… awal2 ja.. bila dah jadi fully HW nih.. mesti terasa boring nak kerja plak kan… biasalah maknosia…hehee

aku sejak dok rumah nih.. baju dalam bakul kat dapur..kosong ja..kiranya.. hari2 ada ja aku basuh baju..kalau tak.. mau seminggu sekali ja aku membasuh.. tu yg skali membasuh menimbun2..hehee… belum bab nak melipat lagi.. kekadang tak sempat lipat dah habis baju tu… teruk kan..hehee

kalau tak dipikirkan hutang melimpah ruah..mau amik cuti tanpa gaji dulu…wah.. nak berenti kerja.. mcm sayang plak..kang dah berenti.. bkn senang2 nak dpt balik kerja yg sama.. tmpt yg sama..dan yg pasti gaji yg sama..hehee.. mau mula dari bawah balik itu gaji…

so… disebabkan dah ada loan rumah dengan perumahan… loan kereta.. dan loan JPA yg masih belum habis dipotong gaji.. so… simpan jalah angan2 mau amik cuti tanpa gaji…hehee.e….

tp… tula….. mmg bestlah aku rasa dapat dok rumah….. hmmmmmmm…

mmg mood mau p kerja besok…betul2 tak mai langsung kat jiwa raga aku nih….

 

nota AKU : kalau kalau kalau… semuanya nak berKALAU…. :D

Monday, January 3, 2011

ALAMANDA JADINYA ….

 

tadi… sampai2 kat foyer sekolah… terus terjah papan kenyataan…

mau nengok list nama…. kedudukan kelas..

sekali… tengok2.. pihak sekolah udah tukar nama kelas….

semua nama kelas ditukar ke nama bunga…..

dan yg bestnya… nama kelas dak Orked dari AMANAH… jadi ALAMANDA….

hehee…. lawakssss plak aku rasa….

pastu dgr ada parents dok ckp..hhmmmmmm ingat shopping jalah nanti budak2 nih….hehee….. aku pun tak tau rupa mcm mana bunga ALamanda nih…

tak penah tgk n dengar plak….

so…nasib baiklah.. aku just tulis kat buku2 dak Orked 2A ja… tak tulis penuh 2 Amanah.. kalau tak..mau nanya nak kena padam…..

so..settle bab yuran2 sekolah dak orked..tuk sek.kebangsaan… rm90 ja..tu pun sbb aku amik baju sukan sepasang.. baju tahun lepas dah kecik…

so.. Orked.. belajar elok-elok.. dah duduk kelas pertama.. persaingan amatlah sengit… tak kisah nombor berapa dpt..janji peratus tinggi dan semua A…. ok my dear….

Photo1167

tgk.. walaupun pakai kain.. time nak pakai kasut..hambekkk ko…. aduhhhh

SAMSUNG            SAMSUNG

berbaju kurung anak dara aku  nih… tak taulah.. balik karang rupa mcm mana…. baju tu… adakah warna seputih awal2 pakai…

SAMSUNG

masa tgh beratur nak masuk kelas… kali nih.. aku amatlah kesian kat dak Orked.. kelas dia.. nun tingkat 3…. aduhhhhhh mau tercabut kaki dak orked nih… udahlah.. beg nanti sure2 berat ngan buku…. huhhuhhhhhh

nota AKU :……. besok bermula rutin biasa….

AL KISAH..

 

hari ni.. mulalah rutin biasa buat ibu-ibu.. anak2 yang bersekolah…

dan hari ni.. sure2 ramai yg bercuti kan.. nak urus anak masuk sekolah…

aku pun sama… walaupun dak Orked dah masuk Darjah 2… wah kejap ja kan…

aku tetap cuti….

sbb aku nak uruskan bab2 yuran ..biar settle awal2 senang…

so… tadi… dlm 730 pagi dah hantar dak Orked ke sekolah agama….

jumpa ustazah… settle yuran.. Yuran tuk sekolah agama… agak tinggi gak…

RM350… termasuk yuran bulanan tuk bulan nih….

bulanan tuk sekolah agama rm80+yuran transport rm30.. jadinya.. sebulan rm110…

transport aku amik just balik dari sekolah agama ke rumah mak ngasuh pastu dari rumah mak ngasuh ke sekolah kebangsaan.. pagi n petang aku hantar n amik….

dan yang bestnya.. yuran transport naik reger..dalam 3hengget… mgkn sbb minyak naik kot…. hehe..

so… tghari ni… nak settle yuran sekolah kebangsaan plak…. ntahlah berapa plak… tp dah jimat tang buku teks sbb free… buku2 lain udah settle beli… buku yg wajib saja.. pun dah 150…. kiranya… seorang anak lebih 500 gak kena belanja… cuma tahun nih.. aku agak keberuntungan skit.. sbb baju sekolah dak Orked IBU MERTUA ku yg jahit…..

selamat disitu.. tp bukanlah aku yg paksa .. tp ibu mertua yg sendiri mau jahit tuk cucu dia… hehee….

bila pikir2 mcm nih.. mcm manalah yg ada anak ramai yg bersekolah serentak kan…. mesti banyak kena guna duit…. aku yg sorang nih pun dah terasa… tp.. nak buat mcm mana… demi anak2 kan… kenalah berkorban…..

so…. besok masa tuk kembali bekerja… walaupun aku apply 2 hari cuti… tp sbb dah settle semua.. bolehlah pegi kerja… sbb minit mesyuarat belum siap.. udahlah.. bos dah kasi arahan kena siapkan 7 hari selepas meeting… tp ni dah kira lebih nih.. sbb aku cuti kan last week… mgkn bos bleh maapkan kot..hehee.. pastu borang prestasi belum siap lagi..tarikh kena hantar 7 januari nih.. aduhhhhhhhhhhhhh….. pening dong…pening……..

31122009324

gambar tahun lepas… tapi tahun ni.. dak Orked dah xbleh pakai mcm ni gi sekolah.. dah kena pakai baju kurung.. sbb..cikgu sekolah tu.. tak galakan.. dan suh semua pelajar Islam pakai baju kurung… so.. tahun ni… dah alang2 mak mertua aku jahit baju… aku buat 5 pasang baju kurung. 5 pasang kain.. hahaa.. amik …. hari2 tukar… iron seminggu terus….. baguskan aku punya idea..hehehee…..

kalau ikut aku, aku lebih suka dak orked pakai skirt … tak nmpk kotor sgt.. kalau baju kurung… hmmmmmmmmmmm mcm2 lekat kat baju tu.. hope dah darjah 2 ni.. cermat la skit….

 

nota AKU : masih dalam edah.. so taklah kelam kelibut sangat nak isi borang prestasi…. hheheee

Saturday, January 1, 2011

PERLUKAH AZAM BARU DI TAHUN BARU? ATAU BERAZAM UNTUK MEREALISASIKAN AZAM YG BELUM DIREALISASIKAN??

 

TAMAT SUDAH 2010………………… BYE…………

hari ni… bermulalah tahun 2011….

apakah.. kita perlu mempunyai azam pada setiap tahun?? atau kita hanya perlu merealisasikan saja azam2 yang belum direalisasikan???

tp.. itu semua hak masing2 kan…. setiap orang ada cara yg tersendiri…

mcm tu jugak aku..

bagi aku… tak semestinya kita kena tunggu tahun baru tuk berazam..

rasanya… setiap masa dan setiap apa yg kita buat kita mmg perlu berazam…

barulah kita dapat merealisasikan apa yg kita NAK…kan kan…

tp itu pendapat akulah…  kalau ada yg tak bersetuju… itu hak masing2…

jangan pula anggap ini satu kondeman yerk… sbb… diri masing2 kan… hanya kita yang tahu hala tuju hidup kita…

mcm aku… azam aku yg mmg tak berubah… yg paling penting.. aku nak keluarga aku hidup bahagia… terutama anak2 aku… aku nak anak2 aku membesar bagai johan… ertikata… berjaya dalam hidup… dan menjadi anak2 yang berguna dan anak2 yang boleh hidup dengan usaha sendiri…. tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa bila dah besar nanti… tp seperti biasa… kita hanya merancang, berusaha.. selebihnya… semuanya KETENTUAN YANG MAHA ESA….

cuma… impian aku… kalau dimakbulkan.. mau jugak tambah ahli kuarga.. mana tau.. dpt boy.. kan.. tp semuanya… bergantung pada rezeki… kalau setakat ini sahaja yang ditentukan… aku bersyukur…. sbb masih diberi peluang punyai anak2 sendiri dan membesarkan anak2 sendiri…. dan yg paling penting.. aku dah berpeluang merasa bagaimana susah payah dulu ibu bapa aku membesarkan anak2.. skrg aku plak rasa.. penat lelah.. tp ttp gembira bila lihat anak2 membesar dengan sempurna….:D

tp dalam pada merealisasikan azam yang mmg dah berazam lama dah… ada gak terselit di pala otak ni.. azam baru.. hahahaa…. nak gak tu… tp azam ni..bukanlah keperluan… cuma boleh dikategorikan… dalam konsep kehendak ja… takda pun tak pa…. tak mendatangkan kemudaratan dalam hidup aku sekeluarga.. cewah… yo yo o ja kan…hehee

aku.. nak  nak nak nak… heee…. peyut… sila lebarkan telinga anda..hehee…. aku nak wat lemari besau… dalam bilik aku… L SHAPE tau…. tp ongkosnya agak menelan nelan air liur.. jadinya.. azam aku ni rasanya mau 2 tahun lagi kot… baru dpt direalisasikan… tp mana tau.. tup tup dpt durian runtuh… dapatlah lemari besau L SHAPE tu..hehee kan abang peyut… wah.. tetiba jadi manja plak.. hikhikssss

ok ok.. stoplah.. kang banyak plak.. terkeluar azam2 yg tak sepatutnya..hehe….

so… SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU KEKAWAN.. MOGA HIDUP KITA DIBERKATI DAN DILIMPAHI SEJUTA KERAHMATAN DAN KEBAHGIAAN BUAT KITA SEMUA…..

YG PENTING.. KITA BERUSAHA, BERDOA DAN AKHIR SEKALI.. KITA BERTAWAKAL DAN BERSERAH JA PADA YANG MAHA ESA… INSYAALLAH… KALAU NIAT KITA IKHLAS… SEMUANYA AKAN DIBERKATI DAN DIMAKBULKAN….

nota AKU ;……… hehe… azam mau berenti main cityville.. mcm susah plak.. so… azam aku adalah..MAU BESARKAN CITY aku.. hehee.. bleh dak lagu tu….???????? bleh kan.. selagi urusan rumahtangga dan termasuk laki dan anak2 tak terbiar… kan kan kan.. hehe.. nak jugak tu.. main cityville…. peyutttttttttttt…… bleh ka?????????????????????

ctv3

nilah CITY aku.. aku berjaya tambah 7 lot tanah.. tu.. dengan ongkosnya.. 140,000..hehe…

CTV1 

skrg aku sudah level 36…. hehe.. fazila.. silalah kejar aku.. wah poyo plak.hehee

 

ctv2

so… mcm mana lah aku nak berenti ni.. makin lama makin besau tanah aku..hehee….