nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Monday, November 3, 2008



KEPUTUSAN DARAH ARWAH ZULAIKHA....



Hari Jumaat 31.10.2008 keputusan darah Arwah telah keluar... Dr. Pakar dari Jabatan Forensik HKL telah menghubungi Ijah... dan amat mengejutkan sekali... seperti yang dijangka... oleh kami sekeluarga... mmg benar Arwah SIHAT... ujian darah NEGATIF... tiada sebarang Virus atau bakteria yg dikesan di dalam darah Arwah... maknanya tiada jangkintan paru-paru seperti yg tertera di Siji Kematian Arwah...


Dalam kenangan Arwah Zulaikha



Tergamam Ijah mendengar keterangan yang diberikan oleh Dr. Hiew itu.. maknanya skrang ni masih belum terjawab bagaimana Arwah boleh meninggalkan kita... Cuma Dr. Hiew minta tempoh sehingga hari Rabu ni coz dia nak buat test kat tisu badan Arwah pulak... tp dengan keputusan ini mmg betul apa yang ijah dan kami sekeluarga rasa dan mengikut apa yang Dr. Hiew bagi tahu masa hari kejadian tu... bahawa di kepala sebelah kanan Arwah ada kesan hentakan kuat...samada jatuh dari tempat tinggi atau terkena pukulan....




So, sekarang ni Ijah dan aku sekeluarga masih tertanya2 apa yang terjadi sebenarnya... lepas saja Ijah dah tahu keputusan darah Arwah.. Ijah just hantar SMS ke pengasuh mereng tu... Ijah just sebut darah Arwah tiada Virus dan bakteria dan ijah tanya ada tak akak sembunyikan apa2 lagi dari Ijah...




dan ini jawapan pengasuh tu kepada ijah.. (aku type balik...tiada tokok tambah - cik tipah pun dah baca sms ni)


"kakak n family kakak nak ape lagi cm mana lagi. tu yang sebenar terjadi mana ada pernah tinggalkan dia sorang2. kalau kak nak g kedai, kak yani dia yang tolong jagakan. pendek kata x pernah jatuh la kan umah, kami jaga mcm anak sendiri lagi ada lebih kasih lebih penjagaan dari anak sendiri. tu abg saufi (suami pengasuh) kata susah la kalau orang tak tau bersyukur & berterima kasih atas segala kebaikan yang kami anak beranak buat. lauk ayam nye, daging mcm2 lagi tolong masakkan lagi bubur nasi. gas masak x kira, letrik x kira. kalau kena ngan org lain semua dah kira termasuk lebih masa jaga. ni bukan kami ungkit2 tp nak bagi awak sedar kekurangan & pemikiran. jgn kebaikan org akhirnya nak pijak kepala pulak. kami tak marah tp tersinggung hati kami anak beranak. kebaikan dan kesabaran org ada had nye. jgn sampai kita dua keluarga ni jd bermusuhan tu jelah nak kami cakap. kami tak marah jgn lebih2. jangan pandang orang sebelah mata tu je nak bagi ingat."



apa korang akan rasa, kalu ini terjadi kan diri korang... ijah yang ditimpa musibah dia pulak yang lebih2 berkecil hati.... sedangkan SMS ijah hanya memberitahu keputusan darah Arwah dan tanya apa yang belum diceritakan je... terus melintang bagai nak rak... bila ijah kata yang selama ni bubur nasi tuk Arwah pun ijah yang bagi beras, carrot, ubi pendek kata semua ijah bekalkan kecuali ayam ngan daging... ijah mmg tak suruh letak coz Arwah masih 7 bulan... bukannya pandai nak mkn suma tu... ijah tak pernah potong bayaran walaupun time cuti sekolah... cuma skrg ni ijah nak tahu apa yang jadi je...dan ayat ijah akhir sekali..."takpelah kak, deeja tak nak panjang2...kita tunggu je Polis amik keterangan dan jumpa di mahkamah je...." bila pengasuh tu dah baca terus dia tak jawab... tak lama kemudian masuk plak SMS...kata dia nak jumpa ijah hari Selasa ni... nak bincang betul2...



sebenarnya ijah dan kami sekeluarga bukannya gilakan duit untuk saman pengasuh tu... kami cuma nak kematian Arwah terbela je... walaupun kita saman berjuta2 sekalipun... Arwah tetap tak boleh kembali kepangkuan ijah dan kami sekeluarga... Cuma apa yang kami inginkan nak tahu apa yang terjadi coz Ijah kata masa pengasuh tu telefon ijah bagi tahu Arwah dan biru, Ijah masih terdengar Arwah menangis kuat di belakang... menangis seperti orang sakit... so persoalan itulah yang masih belum terjawab...kenapa Arwah menangis begitu kuat sekali.... dan apa yang paling ijah dan kami sekeluarga tak bleh terima kata2 pengasuh tu semasa dia tipon ijah... ini ayat dia.. " Deeja, balik cepat. akak takut ko tak sempat tengok anak ko ni. anak ko dah biru.. itu yg dia ckp masa dia tipon ijah... patut ke tak??? "



dlm kenangan syasya dan arwah



aku akan ke rumah Ijah hari Selasa ni.. takkan ku biarkan ijah dan zubed keserongan untuk jumpa pengasuh tu.. ijah pun minta aku datang untuk temankan dia... skrg ni ijah dan kami sekeluarga bersyukur kerana Doktor yang merawat Arwah haritu di Damai Hospital betul2 ambil berat... Dr. itu sediri akan berbincang ngan Dr. Hiew di HKL... dan Dr. tu jugak telah berbincang ngan lawyer macam mana nak bukak kes ni balik... Alhamdullillah masih ramai yang mahu membantu ijah..








Kalau dari awal pengasuh tu cerita apa yang terjadi... tak perlulah Arwah di p.mortemkan... ini tidak, masih menyembunyikan perkara sebenar... Cuma kami sekeluarga berharap kebenaran akan terjawab jugak... Biarlah Pengasuh tu terima balasan yang setimpal...



Ijah dan Zubed meminta aku menyampaikan jutaan-jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan takziah, doa untuk Arwah dan kata2 semangat untuk dirinya... dia amat bersyukur kerana masih ramai yang prihatin.... hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua... dan sama2lah kita berdoa agar kebenaran tentang kematian Arwah akan terjawab jugak... Biarlah kematian Arwah Zulaikha terbela....



nota : untuk makluman semua, Ijah dah pulih sedikit dari kesedihan dan dah redha dengan pemergian Arwah. cuma ijah masih lagi seperti di awal kehilangan.. selepas solat subuh terus ijah akan ke kubur Arwah...dan ijah juga skrg dah mula banyak membaca buku2 untuk menenangkan jiwa... terima kasih kepada kawan blog aku Kak PIAh...dan terima kasih jugak kepada En.Shukri dari blog Cik tipah yang telah mensuggestkan buku La Tahzan. mmg amat berguna... semoga Allah membalas jasa baik kalian semua...

No comments: