nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Thursday, August 20, 2009



DIAM...





emel dibawah aku dapat dari adik aku IJAH... so mmg sesuai untuk dikongsi bersama....



Manusia berbicara setiap masa.

Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.

Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.


Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia- sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.



Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.



HIKMAH DIAM


1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah


2. Perhiasan tanpa berhias


3. Kehebatan tanpa kerajaan


4. Benteng tanpa pagar


5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang


6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal


7. Menutupi segala aib



Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:


"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.

Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.

Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)



BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.



Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "



Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah


----------------------------------------------------------------------------



so kepada kekawan yang menjengah blog aku... lepas ni... marilah kita abaikan saja ... biarlah apa pun tu nak berkata apa pun.... walaupun di dalam chatbox td dia dah memaki perkataan yg lucah.. biarkanlah...


lama2 nanti senyaplah dia.... betul juga... lagi kita layan lagi menjadi dan lama kelamaan kita juga turut jadi mcm beliau... so marilah2 kita abaikan..... aku pun tidaklah sesempurna mana.... tp tidaklah mengeluarkan perkataan tuttttttt..... itu...


sama2 kita renungkan emel yg aku dpt ....... thanks adiku....









nota AKU : :D senyum itu satu sedekah...



11 comments:

Silent Reader(SR) said...

betul tu era. lepas ni dah tak payah layan pegawai tu. biarlah dia memekik sorang2. lagi ko layan lagi dia suka. mungkin dia kurang kasih sayang di tempat kerja terutama dengan pegawai atasan dia.

aku setuju baik diam daripada kita pun sama mcm orang yang suka memaki hamun.

selamat berpuasa

EraNaZeErA.. said...

to SR >

ya betul tu.. biarlah pegawai ni dengan cara dia... walaupun dia maki aku C*b**, sengal, lembab biarlah dia yg dapat dosa....
lagi aku layan lagi jadi panjang cerita....

lama kelamaan senyaplah tu... kalau dia tak nak senyap apa boleh aku buat. dan yang pasti aku tak mau jadi macam dia...

selamat berposa .....

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

sokong kak sokong
lantak pi org nak cakap apa
yg dpt dosa pun dia...untung2 kita dpt pahala

baik diam dari kita pun jadi mcm dia ...

EraNaZeErA.. said...

to ZANNA >

mmg betul tu.. diam lebih baik kan..

selamat berpuasa zana

Kaseh said...

Eraa.. pedulik la apa org nak kata pun.. janji kita bahagia bersama kawan2 dan keluarga tercinta.. anyway kaseh nak ucap selamat menjalani ibadah puasa..moga puasa kita diberkati ALLAH.. take care

Umie said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak ye.. semoga bisnes kuih semprit semakin laris... aminn...

Anonymous said...

nice note.. sabar dengan dugaan yg datang.. biar org melatah.. jgn kita pula ikut sama melatah.. semuga setiap kerja yg kita lakukan mendapat keredhaanNya.. manusia tidak pernah puas.. dan kita tak mampu nak puaskan hati semua... dan juga ramai yg terlalu tinggi egonya... sampai tak tahu letak duduknya ego tersebut.. salam ramadhan almubarak..

Naughty Adam said...

eh mana post smlm dah delete ek... neway maaf ye era, selamat berpuasa...

Masviona said...

betul tuh better diam drp berckp benda yg bukan²....:) kalu dah xtau nak ckp apa² senyum jerlah...:)...senyum itu sedekah yg plng mudah kan

Anonymous said...

Jangan terlampau diam nanti orang ingat kita bisu pula. Yang mana perlu kita lepaskan, lepaskan as long jangan over. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk Zeera seisi keluarga.

EraNaZeErA.. said...

to KASEH >

thanks beb.. mmg betul.. lebih baik diam dri bercakap yg boleh panaskan keadaan kan...

selamat berpuasa...

to UMIE>

selamat berpuasa... moga berkat doa ko umie... tahun ni.. makin maju bisnes samperit aku.... nnti turun kl dtglah rumah aku.. rasa biskut samperit aku yang meletopssss...hehehe

to ANONY >

thanks atas kata2 itu... amat benar... akan dijadikan panduan... insyaallah sama2lah kita berubah ke arah kebaikan... selamat berpuasa...

to ADAM>

aku tak delete...just save as draft... atas nasihat seseorang yg lebih matang dlm hal ini... dan bkn maknanya aku takut kepada mereka2 itu.. tp demi menjaga agar tidak meletup satu organisasi...hehehe... lagipun aku rasa tak perlu kita layan pegawai2 yg berpikiran sebegitu...

tak de apa yg patut ko minta maaf... ko tak salah langsung... cuma pegawai2 itu sukar menerima bila mereka dikritik... dan yg realitinya mereka tidak blh terima BALACI/org bawahan mcm aku.. dpat berbaik dengan org atasan... biarlah

selamat berpuasa....


to MASVIONA >

ya..biar kita sedekah senyuman dari keluarkan kata2 yg menyakitkan hati... selamat berpuasa...


to ANONY>

mmg ada betul juga.. kekadang kita diam pun salah jugak.. cuma takut bila kita lepaskan lain plak jadinya... so jawapannya.. adalah diam lebih baik kan??? selamat berpuasa...