nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Monday, March 1, 2010

KISAH SEDIH ARWAH ADIK SHAFIAH HUMAIRAH



Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan



COPY DARI BERITA HARIAN ONLINE...


SEDIHNYA BILA BACA.... MMG DASAR MANUSIA BERHATIKAN SYAITAN... BINATANG PUN TAHU SAYANGKAN ANAKNYA...

KESIAN ARWAH... MENDERITA SEBITU TERUK SEBELUM MENEMUI AJAL...


___________________________________________________________






KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa. Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan. "Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu. "Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan. "Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya. Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.


Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah. Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja. "Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah


Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang. Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

_________________________________________________________


Bayangkan la budak umor 3 tahun ditampar sekuat hati, dipijak kepalanya dan ditendang dan yg paling sedih tu.. masa ditendang adik Shafiah tu... SYAITAN ni pakai kasut bola... aduhhhh sakitnya... arwah masa tu... MEMANG SYAITAN la jantan ni..


dan yang tak bleh blah... saksi2 hanya tengok je... ngok betull...kalau takut sekali pun dengan SYAITAN tu.. dah nama pun korang ramai... ambil kayu ke... mesti SYAITAN tu takut punya.... apalah dorang tu... dah jadi mcm ni... apa boleh buat... menangis air mata darah sekali pun.. Arwah Adik SHAFIAH dah tak boleh hidup...



dan yang paling sedih ... bila dah SYAITAN tu bawa masuk Arwah dalam kereta...dipukul lagi padahal budak tu dah tak bergerak langsung! eeeeeeeeee.. mmg SYAITAN la jantan tu.. mau kena hukum gantung sampai mati je.....

dan bagi aku lah... tak logik plak si ibu tak tahu arwah didera...mustahil... dah lah hidup mcm suami isteri... padahal baru jadi boyfriend.... kalu tengok muka SYAITAN ni mmg dah nampak jahat giler....

emo aku... coz Arwah adalah sebaya dengan anak aku Syasya... siannya... sedih aku... kalau baca berita ni.. mesti mengalir air mata..... YA ALLAH biarlah si PEMBUNUH ni dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya....






nota AKU : manusia sudah hilang pertimbangan... dan sudah tidak ada belas kasihan....

3 comments:

imanamani said...

era....sedih betul pasal kes ni... sapa sapa yang jadi ibu ada pulak anak sebaya arwah..lagi la terasa...mesti menangis juga...

Elyn Sani said...

tak terkata aku baca kes ni..... tersiksa hidup sikecik ni kan??

al fatihah...

sWeEtDaRLinG said...

tu laa, mmg bangang ler orang yang tengok2 jer tuu...

aku pun hangeeen sebab anak2 ni sebaya anak2 kita... mmg geram betul!! mak dia pun aku nengok, takde nangis bersungguh ler...