nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Tuesday, November 25, 2008


HANYA SEKADAR APA YG AKU RASA DAN LIHAT....


mungkin sebelum ni blog aku takler ramai yang jengah....
hanya yang mana aku kenal je... tu pun bleh bilang ngan jari...
nak bilang ngan mata pun bleh jugak...


aku pun kekadang suka jugak letak link yg aku rasa aku suka baca...
dah yg bestnya kekadang tu tak minta pun keizinan dari tuan punya blog...
so dikesempatan ini... Tuan Punya blog yang aku dah letakkan link korang.... AMPUN.......
tp kalu aku letak tu maknanya... aku suka baca dan wajib aku masuk... tp tengok kesempatan masa....


cuma apa yang aku nak katakan....
mgkn selepas kejadian yang begitu menyayat hati telah berlaku dekat keluarga aku
terutama adik aku IJAh.... dan bila aku mengentrykan kisah sebenarnya...
dan kebetulan pulak CIK TIPAH pun telah membuat 2 atau 3 entry...
diikuti juga dengan beberapa blog lagi... mgkn dari situ...
ramailah yang mengunjungi blog aku ni...dan juga blog yang telah aku createkan khas untuk ARWAH ZULAIKHA...


tp apa yang paling aku terharu sekali... baik lelaki atau pun wanita...
semuanya mempunyai hati yang begitu lembut... semuanya tersentuh....
membaca kisah Arwah Zulaikha.... aku dan keluarga begitu berterima kasih...
kerana tak putus2 doa-doa yang telah diberikan kepada Arwah dan juga kepada adik aku IJAH....


walaupun aku tahu ada juga suara2 sumbang yang bertiup ala2 angin sepoi-sepoi...
mgkn ada yg mengatakan aku cuba meraih SIMPATI....
tp yang pasti aku bukan nak meraih simpati atau nak menGLEMORKAN blog aku ni...
cuma aku rasa kisah ni patut dijadikan panduan dan iktibar kepada s
emua IBU-IBU yang berkerja....


Tp betullah kata pepatah... RAMBUT sama HITAM...
TAPI HATI lain-lain.... mgkn ada yang tersalah erti ttng apa yang aku entrykan selama ini... bknnya niat untuk mengaibkan PENGASUH tersebut...
tp untuk mendapat keadilan yang sebetulnya...
mgkn dengan cara ini akan menginsafkan si PENGASUH tersebut...
mgkn dengan cara ini akan MEMBUKA HATI si PENGASUH tersebut untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi...



umpama bekas ini... begitu juga hati kita... hanya kita dan YANG MAHA ESA je tahu....


Kekadang aku terfikir....
aku tak sangka org yang aku tak pernah kenal....
sanggup berkongsi kesedihan dengan aku sekeluarga......
ada yang sanggup mengentrykan juga kisah Arwah Zulaikha...
aku dan keluarga amat terharu dan amat berterima kasih atas sokongan dan doa2 yang telah diberikan oleh KALIAN semua... ada yang sanggup memberikan buku penenang JIWA untuk adik aku... mmg terharu sangat....
rupanya masih ramai lagi rakyat MALAYSIA yang berjiwa murni....
TERIMA KASIH tak terhingga...
Hanya ALLAH swt yang dapat membalas jasa KALIAN semua...


Cuma kekadang hati aku tertanya2... knp??????????
org yang tak pernah kita kenal boleh tergerak hati menghantar atau meninggalkan komen...
boleh meninggalkan doa2...ucapan takziah...yang bertalu2...
ada yang berkongsi kesedihan...
TAPI... sebaliknya.... aku rasa...
bila ada segelintir kawan2 aku yang mana mmg aku kenal...
dan yg pasti aku tahu mereka2 itu juga membaca blog aku....
atau mengetahui dari blog yg lain... ataupun mendengar dari mulut kekawan yang lain...
tp entahlah... satu ucapan takziah dan doa pun tak terkeluar dari mulut kawan2 aku itu....
walaupun sebaris MSG TAKZIAH... itu pun sudah memadai...
Kerana apa???? kerana kita KAWAN.....
aku tidak pasti samada mereka mmg berdendam dgn aku...
atau sebaliknya... yang pasti aku tidak pula selalu berjumpa....
cuma bila kita kawan2 ditimpa musibah...
perasaan simpati dan sedih akan wujud juga dihati kita...
walupun kita tidak rapat...
tp itulah bila PEPATAH dah mengatakan RAMBUT SAMA HITAM tp HATI LAIN2....



Tapi kita kena ingat... hidup di DUNIA ini umpama RODA...
mgkn sekarang keluarga aku ditimpa MUSIBAH....
tp kita tidak tahu masa akan datang... sama ada kita akan terus hidup dengan penuh kegembiraan atau sebaliknya...
hanya ALLAH swt sahaja yang tahu perjalanan hidup kita seterusnya....
Cubalah buangkan perasaan yang hitam di dalam hati masing2....
jika NABI pun sanggup memaafkan umatnya... inikan kita MANUSIA BIASA....



KEPADA SEMUA YG MANA SELAMA TELAH MEMBERIKAN UCAPAN TAKZIAH DAN DOA UNTUK ARWAH DAN JUGA ADIK AKU IJAH... AKU UCAPKAN JUTAAN333 TERIMA KASIH KEPADA KALIAN SEMUA.... HANYA ALLAH SWT SAJA YG DAPAT MEMBALAS JASA2 BAIK KALIAN SEMUA.....



nota: Bila ini terjadi pada diri dan keluarga aku... baru kita boleh tahu siapa kawan kita yang sebenarnya... kawan senang mmg merata2... ttp kawan susah... mmg susah hendak dicari....

No comments: