nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Wednesday, November 5, 2008

KU BERMIMPI.....



tak tahu mcm mana nak aku tuliskan utk entry ni... tp hati ini terasa ingin berkongsi dengan korang2 semua yg selama ni telah membaca blog dan entry aku... entahlah mgkn hati ini masih terkenangkan Arwah Zulaikha yg telah pergi untuk selamanya pada 21 Oktober 2008 lalu. Semalam genap 16 hari Arwah telah tinggalkan kami sekeluarga....


tp entah mcm mana semalam aku telah bermimpi... mimpi ini lah yg selalu ijah harapkan muncul... tetapi entah bagaimana aku plak yg bermimpi... Dengan Nama ALLAH apa yang aku ceritakan ini bukannya rekaan hanya utk menarik perhatian org tuk baca blog aku... tp mmg betul terjadi...



apa yg aku mimpikan.... di dalam mimpi itu, ada aku, ijah, mak mertua ijah dan Arwah ibu saudara aku yg telah meninggal pada bulan April 2008 dan juga Arwah Zulaikha... Arwah Zulaikha memakai baju kurung rayanya.. dan Arwah ibu saudara aku hanya memerhati saja... tiada sepatah kata yg terkeluar... ijah mendukung Arwah Zulaikha sambil mencium dan memeluk Arwah.. tp selepas itu terus ijah memberikan Arwah kepada Arwah ibu saudara aku... dan terus ijah masuk ke dalam rumah.. aku tak pasti rumah siapa... dan selepas itu aku menjerit memanggil ijah suruh ambil Zulaikha... tp ijah sedikit pun tak paling...terus masuk ke dalam rumah... dan mak mertua ijah terus berkata kat aku.."biarlah...deeja tu...tak payah paksa2.."


ku bermimpi Arwah dengan memakai baju ini..senyumannya pun tak tumpah mcm gambar ni... ohh...rindunya kami sekeluarga..


lepas tu aku lihat Arwah ibu saudara ku membawa Arwah Zulaikha pun masuk ke dalam rumah tu... terus aku terjaga... masa aku terjaga jantung aku berdenyut laju sangat... dan yang pasti jam di dinding menunjukkan baru pukul 4.00 pagi.... terus aku tak boleh lelapkan mata aku sampailah ke subuh... asyik teringatkan Arwah Zulaikha dan ijah saja...

hati aku mcm nak terus telefon ijah... tp aku takut ijah sedih atau sebaliknya... pagi tadi sampai je kat opis terus aku telefon Ayong@ awien.. masa aku ceritakan apa yang aku mimpikan... aku tak dpt nak tahan air mata ni... terus aku nangis...dan terus aku letakkan tipon..(Yong sorry yerk... aku tak tahanla...) selang 2 tiga minit... aku tipon Mak aku di kampung...bila aku citakan apa yg aku mimpi skali lg aku menangis... yg pasti mak aku pun turut sebak juga.... aku tanyakan mak aku patutkah aku citakan kat ijah... mak aku kata...cerita jelah... mgkn ijah akan rasa gembira...walaupun aku yg bermimpi...

Dengan hati yg masih rasa berat... aku kuatkan tipon ijah jugak.... ijah mcm terkejut dgr cita aku... tp dalam masa yg sama suaranya juga dengar sebak... aku juga tahan sesungguh hati agar jgn menangis di dpn ijah... aku tak nak ijah turut menangis jugak... cuma ijah just kata... hmmm chek juga yg tak mimpi lagi...sedih ja suara ijah...

so... apa yang korang rasa dengan mimpi aku ini... adakah hanya mainan tidur atau sebab kami sekeluarga terlalu mengenangkan Arwah...???







nota : cuma aku rasa hilang rindu dpt lihat wajah Arwah yg tersenyum masa ijah mendukung dan mencium arwah... senyuman yang kami semua rindukan selama ini...

No comments: