nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Tuesday, February 3, 2009




LAWAK 3 BINTANG.....


cita ni aku dpt emel dari peyut.... kira ok ler... boleh buat kita ketawa... tp entahlah korang... aku bila baca td... ketawa sorang2 gak.... kira pandailah org yg dok mereka cerita ni... boleh bagi
3 bintang....


Pada masa dahulu, selepas Melaka berjaya ditawan,


pihak Portugis hendak menawan Kedah pula.
Sebelum itu mereka menghantar 2 orang sebagai pengintip ke Kuala Kedah. Mereka menyamar sebagai pedagang kain dari Goa.

Setibanya di Kuala Kedah, mereka terus pergi ke pasar dan duduk di tepi seorang peniaga ubi yang kelihatan amat peramah dan ramai kenalan.

2 pengintip ini telah duduk seharian di pasar itu sambil menjual kain. Oleh kerana mereka tidak berapa fasih berbahasa melayu, mereka hanya memerhati sekeliling dan memasang telinga.

Esoknya merekapun tergesa-gesa pergi berjumpa General Portugis.

"Tuan, kami rasa baik kita batalkan aja niat untuk menyerang Kedah."

"Kenapa pula?"
tanya General itu.


"Alangkan di Melaka 2000 orang askar kita mati ditangan Hang Tuah lima bersaudara, kalau disini tentu lebih ramai lagi askar kita yg terkorban, Tuan" kata ketua pengintip.


"Disini, panglima mereka lagi ramai, Tuan. Ada Hang Apa Habaq, Hang Nak Pi Mana, Hang Mai Sini, Hang Dah Makan, Hang Dari Mana, Hang Pakai Apa, Hang Bau Busuk, Mak Hang, Pak Hang, dan ramai lagi, Tuan."


General itu bersetuju & membatalkan niat menyerang Kedah.




nota : kretif gak manusia yg mereka cerita ini...

No comments: