nnf

Tentang AKU

My photo
Melayari kehidupan didunia tidak semudah yg disangkakan...begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...tetapi kehidupan akan menjadi begitu indah jika pandai menyelaminya... dan yang paling penting MAKLUK ASING TIDAK MUNCUL....LALALA

Thursday, December 31, 2009



BERITA GEMBIRA MENJELANG TAHUN 2010...

KHAS BUAT SEMUA PEMBANTU KHAS (PA)



akhirnya... perjuangan semua2 PA2.. dan pihak yang terlibat....(thanks to lecturer aku.. en.ashri... coz salah satu komiti)

untuk kenaikan gred jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) ke jawatan yang setaraf dengan DIPLOMA telah diluluskan oleh pihak KERAJAAN....

coz selama ini jawatan PA adalah sama level dengan kerani N17....yg memerlukan SPM untuk mengisi jawatan N17...

so... inilah pekeliling yang telah dikeluarkan...oleh JPA .. aku just copy sesikit ja..



KERAJAAN MALAYSIA
__________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2009
___________________________________
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT


TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenaiperubahan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 kepadaskim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22,N27/28, N32, N36.



LATAR BELAKANG
2. Jawatan Pembantu Khas yang diisi dari kalangan perkhidmatan Pembantu Tadbir(Kesetiausahaan) adalah bagi melicinkan pengurusan pejabat Hakim Mahkamah Atasan,Ketua Jabatan atau pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai KumpulanPengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan). Antara lain skop fungsi tugasPembantu Khas meliputi kesetiausahaan, pentadbiran pejabat, kewangan, perhubungan


awam dan jaringan kerja. Dengan penggunaan komputer secara meluas serta kepesatanperkembangan teknologi maklumat di samping penekanan mengenai sistem penyampaian dan Key Performance Indicators (KPI) sebagai pengukur dan impak pencapaian organisasi khususnya bagi peringkat jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang setara, menuntut supaya Pembantu Khas menjadi cekap dan kompeten sejajar dengan peningkatan
kompleksiti tugas ini. Sehubungan itu, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) dimantapkan bagi menghadapi cabaran-cabaran dan peningkatan kompleksiti tugas tersebut.



SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/
SETIAUSAHA PEJABAT


3. Skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 diubah seperti berikut:

(a) nama skim perkhidmatan diubah daripada Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) kepada Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat;

(b) mewujudkan lapisan gred jawatan/ gred gaji seperti berikut: N17, N22,
N27/28, N32, N36;


(c) memperuntukkan perbekalan lantikan terus ke jawatan Setiausaha Pejabat
Gred N27 menggunakan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik
tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan penetapan gaji
permulaan yang berbeza;

(d) memperuntukkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai tertakluk
kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan seperti berikut:



3
(i) Gred N17 ke Gred N22;
(ii) Gred N17 ke Gred N28;
(iii) Gred N22 ke Gred N28;
(iv) Gred N27/28 ke Gred N32; dan
(v) Gred N32 ke Gred N36.
(e) mensyaratkan lulus ujian kemahiran mengikut tahap tertentu dalam

pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan bagi kenaikan
pangkat ke Gred N22, N28 dan N32; dan
(f) memansuhkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai di Gred N22 ke
Gred N32.

4. Skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat yang baharuadalah seperti di Lampiran A. Format iklan jawatan bagi urusan pengambilan ke perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat adalah seperti di Lampiran B manakala penghuraian tugas adalah seperti di Lampiran C. Jadual Gaji Matriks bagi skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat GredN17, N22, N27/28, N32, N36 adalah seperti di Lampiran D, D1, D2, D3, D4, D5, perubahan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim perkhidmatanPegawai Tadbir adalah seperti di Lampiran E manakala perubahan perbekalan KPSL ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir adalah seperti di Lampiran F.


5. Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat hendaklah menggunakan skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36.



TARIKH KUAT KUASA




28. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai



1 Januari 2010





tapi... bagi aku yg kerja ngan LHDNM...seperti biasa... kena bawa meeting board dulu... untuk kelulusan.... dan seperti biasa... benda ini akan berlarutan berbulan2... coz.... biasalah bila orang bawahan... pengalaman aku... masa masuk kerja tahun 2000.... hanya diberikan gaji permulaan kerani... bila aku buat permohonan.... dua tahun baru diluluskan... maknanya... tahun 2002 baru aku dapat gaji DIPLOMA.... (walaupun dpt tunggakan.. tp berzaman gak nak menunggu....) siap ada officer yg memerli... katanya... layakkah diploma dari POLITEKNIK.... dapat gaji diploma... cehhh.... ingat budak poli low class ka?????? padahal lulusan DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN dari POLITEKNIK mmg diiktiraf oleh KEMENTERIAN....


cuba kalau melibatkan pegawai... mesti cepat ja dorang proses... ini bila melibatkan orang bawahan... ada saja yang menghalang...manusia....

so... untuk kali ini... pun aku rasa mgkn benda yg sama akan terjadi... tp kalau pihak pengurusan baru ni... efisyen... mungkin akan cepat.... minta2lah....







bersyukur sangat... ALHAMDULLILLAH... dan hati aku... segembira senyuman dak syasya ni....minta2lah semuanya dapat berjalan dengar lancar... agar... pekeliling JPA ni digunapakai oleh opis aku LHDNM









nota AKU: cuti aku hari ini...menjadi gembira plak.. bila dengar perkhabaran ini.... alhamdulillah.... cerita ORKED di hari pertama sekolah... akan menyusul... cewah2...





8 comments:

imanamani said...

congrate to all....frens... yang menjawat jawatan sebagai PA ok....

EraNaZeErA.. said...

alhamdullillah.... mmg berbaloi2...

tenggiling said...

yeayyy! ni la berita yang paling gembira, penutup tahun 2009 yang paling best skali! dan semangat utk tahun 2010. duit duit duit rm rm rm :)

PA pun keja susah jugak ceq oi. sapa kata senang

Jaing said...

huhuhu...
naseb kita adalah sama...
kena tunggu board meting dulu...

EraNaZeErA.. said...

to TENGGILING >

ya.. pembukaan yg penuh bermakna tuk tahun 2010...

to JAING >

minta2lah..board kita luluskan... kan kan.. antara cepat n lambat ja... huhuhhh...

shima said...

Syukur Alhamdulillah, akk pun ternanti2 benda ni. Akhirnya kt sama naik jgk Kumpulan B N27/N28. Nama jwtn Setiausaha Pejabat. Akk syukur sgt2 sbb dah naik N22 Julai 2009. So, dpt naik N28 lah. Biasalah kat tmpt akak, MPK ni pun kena bawa mesy dulu baru diterimapakai pekeliling tu.

alladiin said...

wah...siap copy paste tu beb.. cayalah..

EraNaZeErA.. said...

to kak shima>

Ya syukur yg amat sangat... akhirnya penantian PA2 mmg berbaloi2...

to ALLADiN >

hehe..just copy skit je... bahan bukti gitu.. apa2pun thanks to you... sbb.. memperjuangkan nasib budak2 DSK....